Permainan simulasi terkenal yang menjadikan anda sebagai seorang pengurus pasukan bola sepak, Football Manager nyata cukup popular dalam kalangan peminat bola sepak di seluruh dunia.
Sambutan hangat turut dapat dirasai di Malaysia dengan komuniti peminat Football Manager saling berkomunikasi dan bertukar-tukar pendapat di laman Facebook Football Manager (Malaysia).
Bersempena dengan kehadiran Football Manager 2020 yang sudah menemui peminat setianya secara rasmi pada 19 November lalu, penulis turut berkesempatan untuk merasai serba sedikit pengalaman siri terbaharu permainan simulasi ini.
Terdapat pembaharuan yang dapat dilihat dalam Football Manager 2020 tetapi ia bukanlah tumpuan utama artikel kali ini tetapi sebaliknya SemuanyaBOLA mahu berkongsikan kepada anda rating bagi 23 pemain skuad kebangsaan.
La’Vere Corbin-Ong menjadi pemain paling berkualiti dengan empat bintang [daripada lima bintang] dimilikinya dalam ‘Current Ability dan Potential Ability’.
Beberapa pemain turut memiliki ‘Potential Ability’ yang baik dan berikut adalah senarai penuh bagi rating pemain skuad kebangsaan mengikuti posisi:
Penjaga Gol
Mohd Farizal Marlias
Mohd Khairulazhan Bin Mohd Khalid
Muhammad Haziq Nadzli
Pertahanan
Mohamad Aidil Zafuan Abd. Radzak
Shahrul Mohd Saad
Matthew Davies
La’Vere Corbin-Ong
Adam Nor Azlin
Dominic Tan Jun Jin
Muhammad Syahmi Safari
Muhammad Syazwan Andik Mohd Ishak
Pemain Tengah
Brendan Gan
Mohamed Syamer Kutty Abba
Muhamad Nor Azam Abdul Azih
Mohd Afiq Fazail
Mohd Azzizan Nordin
Baddrol Bakhtiar
Muhammad Danial Amier Norhisham
Muhammad Akhyar Abdul Rashid
Muhammad Safawi Rasid
Mohamadou Sumareh
Penyerang
Norshahrul Idlan Talaha
Muhammad Syafiq Ahmad