Ketahui Langkah Mengurangkan Risiko Dan Rawatan Awal Kecederaan Dalam Bola Sepak

Kecederaan dalam bola sepak

Kecederaan ketika bersukan termasuk dalam permainan bola sepak adalah perkara lazim sering berlaku kepada setiap individu yang menjalankan sebarang aktiviti. Tidak kiralah sama ada anda atlet professional mahupun beriadah secara santai, banyak perkara yang perlu diambil perhatian bagi mengelakkan daripada berlakunya kecederaan.

Kecederaan sukan juga boleh ditafsirkan sebagai kerosakan yang disebabkan oleh trauma secara fizikal yang dialami oleh tisu-tisu di dalam badan. Kecederaan sukan juga boleh berlaku di mana-mana sahaja sama ada sewaktu beraktiviti, beriadah ataupun akibat kemalangan jalan raya.

Faktor mengalami kecederaan ketika bersukan

Antara kecederaan sukan yang biasa ditemui adalah ketegangan dan kecederaan otot, kecederaan lutut, bengkak otot, kecederaan pada tendon dan ligamen, kesakitan pada kawasan inguina [kawasan groinl, patah tulang dan sendi yang beralih.

Selain daripada terjahan keras daripada pemain lawan sekiranya dalam bola sepak, terdapat beberapa faktor yang menjurus kepada berlakunya kecederaan-kecederaan ini, antaranya sebabnya ialah berikutan program pemanasan badan yang tidak efektif, cuaca, pemilihan pemakaian yang tidak bersesuaian dengan aktiviti dilakukan.

Di samping itu, anda mungkin kerap mengabaikan waktu rehat, faktor permukaan kawasan aktiviti tersebut dilakukan serta teknik ketika bersukan.

Rawatan awal yang boleh dilakukan

Sekiranya mengalami kecederaan semasa aktiviti sukan, individu tersebut dinasihati supaya berhenti dari terus bermain. Komplikasi lain akan berlaku jika terus bermain.

Kebanyakan kecederaan boleh di rawat sendiri, tetapi bantuan doktor diperlukan jika kecederaan yang menyebabkan rasa sakit, bengkak atau kebas, tidak boleh menampung berat badan, kecederaan yang lama berulang kembali dan sendi yang tidak stabil

Sekiranya anda tidak mengalami sebarang tanda-tanda yang dinyatakan di atas, kecederaan anda boleh dirawat di rumah.

Rehat, penggunaan rawatan ais secara disiplin iaitu rawatan dilakukan selamat 15 minit setiap 2 jam. Jika gejala atau tanda yang dialami bertambah teruk, adalah dinasihati supaya berhubung dengan doktor.

Nasihat untuk mengurangkan risiko kecederaan sukan

Antara beberapa perkara yang boleh anda lakukan bagi mengurangkan risiko kecederaan ini ialah jangan membengkokkan sendi cedera anda lebih dari kemampuan, jangan memusingkan sendi lutut anda semasa bersukan dab semasa jatuh dari posisi tinggi pastikan lutut anda bengkok semasa mendarat.

Selain itu, pastikan latihan memanaskan badan yang mencukupi sebelum aktiviti sukan dan tidak melakukan aktiviti yang berlebihan serta mengamalkan latihan menyejukkan badan selepas aktiviti sukan. Pakai kasut sukan yang sesuai untuk bersukan dan berlari di atas permukaan lembut dan rata.

P/S: Sumber tulisan ini telah dirujuk kepada Kinepro Malaysia yang pakar dalam bidang fisioterapi dan rawatan pemulihan sukan.

Kredit featured image: Trevor Wilkinson/MI News/NurPhoto via Getty Images

Baca artikel lain dari kami mengenai alat bantuan kecederaan dan sains sukan dalam bola sepak:

Strapping Tape: Langkah Pencegahan Dalam Kecederaan Sukan

JDT Tingkatkan Jabatan Sains Sukan Dengan Peralatan Teknologi Tinggi

Ketahui Fungsi Sebenar Kinesio Tape Buat Pemain

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN