Kesempatan Beraksi Di Pentas Lebih Tinggi Gamit Faisal Halim Sertai TFC

Faisal Halim

Rekrut baharu Terengganu FC (TFC), Mohamad Faisal Abdul Halim mengakui taktikal yang diterapkan pengendali pasukan, Nafuzi Zain menjadi antara sebab yang menggamitnya untuk menyertai kelab tersebut bagi menghadapi saingan Liga Malaysia 2021.

Pemain berusia 22 tahun itu juga melihat kesempatan untuk beraksi di pentas Asia selepas TFC berjaya melayakkan diri ke saingan Piala AFC mendorongnya untuk meninggalkan Pahang yang diwakilinya sejak musim 2016.

Dalam pada itu menurut sumber laporan MyMetro, Faisal turut menolak dakwaan bahawa keputusannya berhijrah ke TFC adalah kerana mahu menikmati gaji yang tinggi tetapi sebaliknya beliau memikirkan untuk menikmati pengalaman di peringkat lebih tinggi.

Faisal juga merasakan dirinya berkemungkinan tidak berdepan masalah untuk menyesuaikan diri dengan cepat bersama TFC kerana beliau pernah beraksi bersama beberapa orang pemain kelab tersebut.

“Keputusan memilih TFC adalah tindakan yang tepat walaupun menerima empat lagi tawaran,” ujar Faisal bercakap kepada wartawan.

”Saya pilih pasukan itu bukan disebabkan faktor gaji, tapi teringin untuk beraksi di pentas lebih tinggi sekali gus ianya mampu mengembangkan lagi karier bola sepak saya bersama TFC dan juga pasukan kebangsaan.”

“Selain itu taktikal dan ‘game plan’ jurulatih, Nafuzi yang bagi saya mampu mengubah corak permainan juga antara sebab saya memilih TFC selepas lima musim bersama skuad Tok Gajah.”

“Jika menjadi kenyataan, pentas Piala AFC tahun depan adalah penampilan pertama saya sepanjang karier, harapan saya agar mampu menyesuaikan diri dengan cepat corak permainan pasukan, tapi saya rasa tiada masalah lagipun saya pernah bermain bersama Faiz Nasir dan Arif Fadzilah Abu Bakar.”

Dalam perkembangan lain, TFC juga dikatakan bakal mendapat khidmat pemain tengah meningkat naik, Nik Akif Syahiran Nik Mat selepas kontraknya bersama Kelantan FC telah dibatalkan.

Kredit featured image: terengganufc.com

Baca artikel lain dari kami mengenai Faisal Halim:

Faisal Halim, Dickson Nwakaeme Sah Tidak Lagi Bersama Pahang

Faisal Halim, Arif Anwar Sudah Nyatakan Persetujuan Sertai TFC

RASMI: Faisal Halim Pilih Untuk ‘Terbang’ Ke Asia Bersama Terengganu FC

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN