Dalam program Monday Night Football, Frank Lampard telah memilih kesebelasan impian Lampard untuk EPL musim ini.
Kesebelasan idaman beliau didominasi oleh pemain-pemain Chelsea. Rasanya, tidak ada isu di sini kerana Chelsea memang dalam prestasi terbaik.
Tiada pemain Arsenal ataupun Manchester City yang berada dari kelompok 6 teratas dalam senarai beliau.
Hanya ada seorang pemain Liverpool dan Manchester United yang masuk ke dalam pasukan pilihan beliau.
Tiada Alexis Sanchez dan Ibrahimovic di dalam pasukan Lampard kali ini. Beliau memilih Delle Alli sebagai pemain tengah serangan.
Manakala di bahagian serangan utama, Lampard menyenaraikan Harry Kane dan Diego Costa.
Lampard menyenaraikan pemain yang pernah menjadi sasaran Chelsea pada awal musim ini iaitu Michael Keane untuk dipasangkan dengan David Luiz di bek tengah.
David Luiz ternyata telah melakukan revival luar biasa di dalam karier beliau pada musim ini.
Walaupun, sebelum musim bermula, ramai menjangkakan Luiz akan menjadi antara pemain yang bermasalah untuk Chelsea.
Graduan akademi Chelsea, Ryan Bertrand juga berada dalam senarai Frank Lampard pada kali ini.
Di gawang gol, Lampard memilih David De Gea. Penjaga gol yang memiliki refleks luar biasa walaupun berbadan kecil.
Ini adalah senarai penuh kesebelasan idaman Lampard.
Lampard memilih formasi 4-4-2 berlian.
Apa kata pembaca semuanyaBOLA. Anda rasakan kesebelasan idaman Lampard ini cukup kuat?
Senaraikan pula kesebelasan idaman anda untuk menentang pilihan Lampard.
Baca juga: Wenger: “Saya Telah Membina Kelab Ini, Perlukan Masa Sebelum Buat Sebarang Keputusan”