Real Madrid, Barcelona Dan Bayern Dominasi Pencalonan Kesebelasan Dunia FIFPRO

Dalam senarai pencalonan akhir untuk merebut slot kesebelasan terbaik tahunan FIFPRO World XI kali ini, seperti dijangka pemain-pemain Real Madrid, Barcelona dan Bayern Munich telah mendominasi senarai 55 akhir.

Kesebelasan Dunia FIFPRO diundi secara eksklusif oleh 25,000 pemain profesional dari 75 negara. Real Madrid dan Barcelona masih mengekalkan semua 11 calon terbaik mereka musim lalu dalam senarai pendek kali ini.

cr

Ini termasuk Claudio Bravo, yang kini berada di Manchester City, dan Dani Alves yang bermain untuk Juventus.

Gareth Bale, Cristiano Ronaldo, Lionel Messi, Luis Suarez dan Neymar dijangka akan berjaya memenuhi slot Kesebelasan Dunia FIFPRO.

Ini akan membolehkan mereka selangkah lagi untuk dinobatkan sebagai pemenang Ballon d’Or 2016 pada 9 Januari ini.

Pecahan Mengikut Kelab

Agak mengejutkan apabila hanya ada 2 pemain daripada finalis UCL, Atletico Madrid. Mereka adalah pemenang kasut emas EURO 2016, Antoine Griezmann dan Diego Godin.

Atletico's Antoine Griezmann, left, celebrates with teammate Diego Godin, right, scoring his sides second goal during the Champions League  Group D soccer match between Atletico Madrid and Rostov at the Vicente Calderon stadium in Madrid, Spain, Tuesday Nov. 1, 2016. (AP Photo/Daniel Ochoa de Olza)
Atletico’s Antoine Griezmann, left, celebrates with teammate Diego Godin, right, scoring his sides second goal during the Champions League Group D soccer match between Atletico Madrid and Rostov at the Vicente Calderon stadium in Madrid, Spain, Tuesday Nov. 1, 2016. (AP Photo/Daniel Ochoa de Olza)

Bayern Munich berbangga dengan sembilan pemain mereka tersenarai dalam pencalonan akhir ini termasuk Robert Lewandowski, Thomas Muller dan Manuel Neuer.

3 kelab elit, Real Madrid, Barcelona dan Bayern Munich telah mendominasi 31 daripada 55 senarai akhir.

Juara Serie A musim lalu, Juventus mempunyai tujuh calon termasuk Daniel Alves dan Higuain yang baru menyertai mereka musim ini.

Manchester City adalah kelab EPL yang menempatkan calon teramai dengan 4 pemain. Arsenal, Chelsea dan Manchester United masing-masing mempunyai 3 pemain.

Namun, hanya 2 pemain yang tercalon daripada juara EPL, Leicester. Mereka ialah Jamie Vardy dan N’Golo Kante. Pemenang Pemain Terbaik Tahunan PFA, Riyad Mahrez tidak tersenarai.

rmahrez

Fakta Lain

Wayne Rooney dan Andrea Pirlo akhirnya tidak disenaraikan buat pertama kali selepas 12 edisi anugerah ini.

Ini bermakna hanya Cristiano Ronaldo dan Gianluigi Buffon sahaja yang tersenarai dalam senarai 55 akhir untuk 12 edisi berturut-turut.

Pemain yang pertama tersenarai adalah Griezmann, Kante, Vardy, Hector Bellerin, Leonardo Bonucci, Paulo Dybala, Serge Aurier, Kevin De Bruyne dan Dimitri Payet.

kantee

Pecahan mengikut negara, Sepanyol paling unggul dengan dengan 10 calon. Ini diikuti oleh Jerman dengan 7, Perancis dengan 6.

Argentina dan Brazil pula masing masing 5. Juara Euro 2016, Portugal hanya 2 iaitu Ronaldo dan Pepe.

Berikut adalah senarai penuh 55 calon akhir untuk Kesebelasan Dunia FIFPRO.

Penjaga Gol:

Claudio Bravo, Gianluigi Buffon, David de Gea, Keylor Navas and Manuel Neuer.

Pertahanan:

David Alaba, Jordi Alba, Serge Aurier, Hector Bellerin, Jerome Boateng, Leonardo Bonucci, Dani Carvajal, Giorgio Chiellini, Dani Alves, David Luiz, Diego Godin, Mats Hummels, Philipp Lahm, Marcelo, Javier Mascherano, Pepe, Gerard Pique, Sergio Ramos, Thiago Silva and Raphael Varane.

Pemain Tengah: Xabi Alonso, Sergio Busquets, Kevin De Bruyne, Eden Hazard, Andres Iniesta, N’Golo Kante, Toni Kroos, Luka Modric, Mesut Ozil, Dimitri Payet, Paul Pogba, Ivan Rakitic, David Silva, Marco Verratti and Arturo Vidal.

Penyerang: Sergio Aguero, Gareth Bale, Karim Benzema, Paulo Dybala, Antoine Griezmann, Gonzalo Higuain, Zlatan Ibrahimovic, Robert Lewandowski, Lionel Messi, Thomas Muller, Neymar, Cristiano Ronaldo, Alexis Sanchez, Luis Suarez and Jamie Vardy.

Anugerah FIFA FIFPro World11 akan diumumkan pada anugerah yang berlangsung di Zurich, Swiss pada 9 Januari 2017.

Baca juga : Kriteria Asas Dan Fungsi Pemain Tengah Bertahan Dalam Pasukan Bola Sepak

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN