Kesabaran Nafuzi Berbaloi, Akhirnya Berjaya Dapatkan Luke Woodland

Luke Woodland

Pemain kacukan Inggeris-Filipina yang pernah beraksi sebelum ini dalam Liga Malaysia bersama Kuala Lumpur City, Luke Woodland sah bakal beraksi bersama skuad Terengganu untuk musim hadapan.

Ab Rasid Jusoh selaku Ketua Pegawai Terengganu Football Club Sdn Bhd (TFC), mengesahkan Woodland telah pun menandatangani kontrak selama setahun bersama skuad sekaligus melengkapkan kuota lima pemain import ditetapkan MFL.

Beliau turut memberitahu kepada media, Woodland pernah memulakan karier bersama Bolton Wanderes, Oldham Athletic, dan York City di England sebelum menyertai Ceres Negros di Filipina pada tahun 2017.

“Beliau kemudian menyarung jersi kelab Thailand, Buriram United diikuti skuad KL City FC dalam Liga Super pada tahun 2019 dan terakhir bersama kelab Liga Thailand, Ratchaburi Mitr Phol FC sebelum kembali ke Liga Malaysia mewakili TFC musim depan,” jelas Ab Rasid.

Menurut kata Ab Rasid, kehadiran Woodland di posisi pertahanan amat penting dan diharap membantu skuad Penyu memburu sebarang kejuaraan bersama pemain import lain yang sudah pun bersama dalam pasukan.

Sementara itu, barisan kejurulatihan sudah mula melapor diri dan memulakan sesi latihan bersama ketua jurulatih, Nafuzi Zain sejak Isnin lalu. Para pemain import pula dijangka tiba menyertai latihan dalam masa terdekat.

Jelas Nafuzi, kelebihan fizikal yang ada pada Woodland sangat ditagih bagi memperkuatkan pertahanan skuad kendalian beliau.

Pemain ini juga sudah berada dalam radar Nafuzi sebelum ini namun malangnya, pasukan Liga Thailand lebih pantas mendapatkan khidmat beliau terlebih dahulu.

“Saya harap kelebihan fizikal beliau dapat membantu memantapkan kubu pertahanan kerana sebelum ini pemain kita sentiasa bergelut apabila berdepan pemain lawan yang tinggi,”kata Nafuzi.

Sumber:

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN