Kerusi Kulit Bakal Digunakan Di Bahagian ‘Grandstand’ Stadium Baharu JDT

Pasukan Liga Super, Johor Darul Ta’zim (JDT) bakal memberikan pengalaman berbeza kepada penyokong mereka yang menduduki tempat duduk utama (grandstand) di stadium baharu kelak.

Mereka bakal menggunakan kerusi kulit di tempat duduk utama Stadium Sultan Ismail apabila ianya dibuka secara rasmi pada Februari ini.

GAMBAR: JOHOR Southern Tigers

Menurut Setiausaha Kehormat JDT, Kapten Mohd Anizam Jamian buat masa sekarang kerusi di tempat duduk utama akan menggunakan kerusi plastik terlebih dahulu.

“Tempat duduk kawasan tempat duduk utama telah dipasang dengan kerusi plastik sementara menunggu kerusi kulit tiba pada bulan Mac.”

Dalam pada itu, Anizam juga mengatakan yang stadium kini sudah semakin bersedia untuk digunakan dengan tinggal beberapa perincian sahaja hendak dikemaskan.

Bilik persalinan pemain, bahagian dalam ruang korporat, kaunter-kaunter tiket dan permaidani tepi padang kini dalam proses akhir untuk disiapkan.

Selain itu, Anizam turut menambah ruangan masuk ke tempat duduk atau turnstiles juga akan dikuasakan dengan teknologi baharu pada bulan April ini.

“Bahagian ‘turnstile’ penyokong yang dipasang adalah buat sementara kerana ‘turnstile‘ yang lebih canggih – pertama di Malaysia – telah ditempah dan akan tiba pada bulan April.”

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN