Quantcast

KOMUNITI

Kerteh FC Umum All Rehab Sebagai Rakan Fisioterapi Rasmi Pasukan

Kelab komuniti Terengganu, Kerteh FC terus serius dalam mengorak langkah mencari penajaan apabila berjaya memeterai perjanjian bersama All Rehab Sdn Bhd sebagai rakan fisioterapi rasmi buat pasukan tersebut.

Pengumuman penajaan yang dilakukan di laman Facebook rasmi pasukan itu menjelaskan bahawa pihak All Rehab menawarkan perkhidmatan rawatan pakar, program pengurusan kecederaan dan mendapat akses secara terus perkhidmatan kesihatan bersekutu buat pasukan senior dan remaja Kerteh FC.

Manfaat daripada penajaan ini bukan sahaja hanya akan dinikmati para pemain tetapi ia turut melibatkan semua ahli berdaftar Kerteh FC.

Ahli berdaftar turut layak untuk mendapatkan 15% diskaun sekiranya mahu mendapatkan khidmat fisioterapi, prostetik & ortodik, terapi pekerjaan, pembangunan kanak-kanak, terapi rumah dan perundingan.

Pihak pengurusan menyifatkan jalinan kerjasama dengan All Rehab ini adalah satu langkah penting buat Kerteh FC.

Sebelum ini, Kerteh FC telah menjalinkan hubungan dengan beberapa penaja termasuklah dengan RHB Bank, Montis Inspection & Services Sdn Bhd, Muksyn Engineering & Services Sdn Bhd (penaja utama), ELklasiko.My, 139associates, Maz Travel dan Kerteh Care.