Perkembangan Kerteh FC Curi Perhatian MATRADE

Kerteh FC

Segala usaha dan perancangan strategik yang direncanakan sejak dari awal penubuhan Kerteh FC sehingga ke hari ini telah mendapat penghargaan pihak yang mungkin sedikit asing dalam kancah bola sepak tanah air.

Hal ini kerana pasukan ‘berpandangan jauh’ dari Terengganu itu dijemput oleh Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) bagi berkongsi pengalaman serta maklumat teknikal dan komersial berhubungan pembangunan kelab komuniti.

Di kesempatan itu juga, Kerteh FC turut memberikan penerangan lebih lanjut mengenai sejarah penubuhan, operasi dan perancangan jangka panjang kelab yang sebelum ini mengumumkan keuntungan sebanyak 24.1 peratus daripada keseluruhan pendapatan pasukan bagi musim 2019 itu.

Memetik kenyataan dari sumber laman Facebook rasmi kelab tersebut, MATRADE menerusi wakilnya, Jai Shankar [Pengarah Bahagian Minya & Gas, Kimia dan Tenaga] melihat sokongan diberikan syarikat-syarikat dalam industri minyak dan gas terhadap Kerteh FC adalah perkara yang perlu diperluaskan.

”MATRADE melihat industri bola sepak adalah satu industri yang boleh diterokai secara serius dan aggresif dan boleh memberi manfaat kepada ekonomi negara untuk masa depan.”

”Namun, semua ini boleh dicapai jika bola sepak dilihat sebagai satu segmen ekonomi dan bukan sukan semata-mata,” ujar Jai Shankar.

Dalam perkembangan sama, Ketua Perwakilan Vfl Wolfsburg-Fussball Gmbh, Ken Hew dan Mohan Rajaratnam yang merupakan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) World Football Summit Asia (WFS) turut diundang oleh pihak MATRADE.

Meskipun hanya berstatus kelab komuniti, perancangan sistematik serta misi jelas dipamerkan menjadikan Kerteh FC sebagai antara pasukan yang mencuri tumpuan dan mendapat pujian ramai.

Kredit featured image: Kerteh FC

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN