‘Kereta Kebal’ Terengganu Kecewa Terlepas Harungi Aksi Bertemu JDT

Mbappé on joining Ronaldo Nazario, Cristiano & Benzema in UCL hat-trick history Loading official content
Mbappé on joining Ronaldo Nazario, Cristiano & Benzema in UCL hat-trick history
Check out Kylian Mbappé's reactions after his hat-trick in the Champions League play-offs second leg against Manchester City.
0 seconds of 57 secondsVolume 0%
Press shift question mark to access a list of keyboard shortcuts
00:00
00:57
00:57
 
Teruskan Menonton
Video Seterusnya Ancelotti: 'Mbappé can reach Cristiano Ronaldo's level at Real Madrid' Guardiola on UCL defeat: 'The best team won, they deserved it' Indian Super League: Hyderabad 0-0 Mumbai City Man City squad training ahead of Real Madrid in the UCL Slot sees experience as key to Liverpool FC’s title ambitions Pitchside Angle: Pato nets brace as Borneo beat Barito Putera The best of Vitinha at PSG Pitchside Angle: Madura United hammer Dewa United 3-1 Rodgers calls for fearless play from Celtic against Bayern Munich Minamino's goal and assists in Nantes big victory João Félix reveals the meaning behind his nickname Jota's first goal back at Celtic Park Davies is back in team training ahead of Celtic clash Amorim says his job is 'so hard' after loss at Tottenham leaves United 15th Biereth grabs another hat-trick as Monaco thrash Nantes Lihat lebih video Hayters - Pressbox di OneFootball

Pertahanan kental Terengganu iaitu Argzim Redzovic dilaporkan bakal terlepas untuk mengharungi aksi separuh akhir kedua Piala Malaysia 2024/2025 kerana dihantui oleh isu kecederaan.

Terdahulu, Argzim beraksi dengan cukup baik ketika menghadapi Johor Darul Ta’zim (JDT) beberapa hari lalu bagi saingan Liga Super 2024/2025 apabila beliau diletakkan selaku kesebelasan utama.

Kehadiran Argzim ketika itu menyaksikan Sang Penyu berjaya beraksi dengan cukup berdisiplin terutama sekali untuk mengekang setiap serangan dicipta oleh JDT.

Malang tidak berbau apabila Argzim terpaksa dikeluarkan di separuh masa kedua selepas beliau mengalami kecederaan dan tidak dapat menyambung baki perlawanan tersebut.

Disebabkan itu, Terengganu terpaksa melupakan hasrat mereka untuk menggunakan khidmat bakal pemain naturalisasi itu kerana beliau mengalami kecederaan.

Walaupun tidak dapat beraksi, Argzim meluahkan keyakinan rakan sepasukannya yang lain mampu untuk mempamerkan aksi positif di pentas separuh akhir kedua akan datang.

“Saya gembira kerana diberi peluang bermain ketika aksi liga pada Sabtu lalu selepas sekian lama tidak beraksi, lebih gembira dapat membantu pasukan menentang kelab terbaik dalam Liga Malaysia (Liga M).

“Namun agak malang saya cedera pada bahagian kaki dan dikeluarkan pada minit ke-72, kami satu pasukan bermain bagus sehingga lawan sukar, kami tak patut kalah 0-1, kami layak seri, tapi inilah bola sepak, pelbagai kemungkinan boleh berlaku.

“Perlawanan pada Sabtu ini saya mengharapkan dapat beraksi, namun selepas pengimejan resonans magnetik (MRI), pihak perubatan menyarankan perlu berehat antara dua hingga empat minggu sebelum dapat beraksi sekali gus mengecewakan saya,” kata Argzim menerusi laporan dikeluarkan Harian Metro.

Musim ini menyaksikan Argzim sudah pun diberi peluang beraksi sebanyak empat perlawanan dan status beliau untuk menjadi pemain naturalisasi masih menjadi tanda tanya.

Lebih banyak disisihkan musim ini, nyata Argzim masih lagi mampu menampilkan kualiti permainan terbaik terutama sekali ketika menghadapi JDT sebelum itu.

Dijangka, Badrul Afzan Razali mungkin akan membuat sedikit rombakan terutama sekali untuk mendapatkan pengganti Argzim di posisi pertahanan tengah Sang Penyu.

Ubaidullah Shamsul serta Shahrul Nizam dijangka menjadi pilihan kesebelasan utama untuk memperkukuhkan posisi pertahanan Terengganu bagi menghadapi cabaran lawan.

Sumber:
Harian Metro

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN