Kerana Tifo Donald Trump, Arab Saudi Kepanasan?

Hubungan Algeria dengan Arab Saudi berhadapan dengan konflik. Masakan tidak, sekumpulan penyokong sebuah kelab di Algeria memasang tifo yang menimbulkan kontroversi.

Penyokong kelab Algeria, AS Ain Melila menaikkan sebidang tifo sewaktu perlawanan di laman mereka, Stade de Freres Demane Debih. Tahukah apa yang dilukis pada tifo itu?

Gambar Raja Arab Saudi, Raja Salman dan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump. Slogan yang dipaparkan ialah bermaksud ‘dua bahagian muka pada duit syiling yang sama.’

Slogan itu menuju tepat-tepat kepada dua pemimpin terkemuka dunia tersebut. Tifo itu terpapar juga lukisan bendera Palestin dan Kubah Emas ikon Baitulmaqdis.

Memohon maaf

Difahamkan duta Arab Saudi ke Algeria secara terbuka mengatakan mengkritik tindakan segelintir rakyat Algeria itu.

Ia menimbulkan keresahan kepada barisan kepimpinan negara Algeria itu sendiri. Lantas, Perdana Menteri Algeria, Ahmad Ouyahia bertemu duta Arab Saudi ke Algeria untuk menyampaikan permohonan maaf secara rasmi.

Tetapi, ada dari kalangan rakyat Algeria tidak menyenangi usaha pemimpin mereka. Malah, mereka merancang untuk melakukan perkara yang serupa di stadium bola sepak lain.

Rakyat Algeria masih terkenangkan bagaimana Arab Saudi pernah mengecam negara mereka kerana enggan sertai pakatan pemulauan Qatar.

Tindakan

Pengurusan bola sepak Algeria telah mengambil tindakan dengan tidak membenarkan sebarang tifo berbaur politik masuk ke dalam stadium.

Difahamkan juga seorang individu telah dikenal pasti sebagai dalang kepada kejadian ini. Mujurlah kerajaan Arab Saudi menerima permohonan maaf itu.

Kebetulan, sewaktu kejadian pada 17 Disember lalu, sekumpulan delegasi Arab Saudi tiba di Algeria untuk perbincangan hal ehwal hubungan antara dua negara.

Siapa AS Ain Melilah?

Logo AS Ain Melilah. Sumber: LFP Algeria

Kelab ini merupakan salah satu kelab yang bersaing dalam Divisyen 2 Algeria. Kelab ini digelar The Scorpions di samping dipanggil The Red and Blacks.

Kelab ini bermain di bandar Ain Melilah, kira-kira 400 kilometer dari ibu negara Algeria, Algiers.

Isu politik dan sukan ini amat sensitif, salah dikendalikan, memang akan ramai kepanasan!

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN