Kerana Ronaldo, Laman Sesawang Jual Jersi Juventus Alami Masalah Teknikal

Laman rasmi penjualan jersi Juventus dilaporkan mengalami ralat dan tidak dapat diakses semalam. Ini sebaik sahaja kelab itu mengumumkan pembelian Cristiano Ronaldo dari Real Madrid.

Akses terlalu ramai pada satu masa yang sama telah membuatkan server laman tersebut gagal menampung. Ini kerana ramai masuk ke laman sesawang itu untuk membeli jersi Ronaldo yang sudah pun sah diumum akan memakai jersi no.7.

Cuadrado berbesar hati untuk menyerahkan Jersi itu kepada Ronaldo.

Jumlah penyokong Juventus yang membeli secara atas talian telah bertambah mendadak. Sebelum ini jumlah permintaan untuk jersi Juventus memang tinggi dan kali ini ia tersangat tinggi.

Di kedai rasmi pasukan juga sangat cepat jersi Ronaldo 7 dijual.

Jersi nombor 7 sebelum ini milik pemain sayap Juan Cuadrado. No.7 telah menjadi jenama besar dalam karier Ronaldo. Beliau ada jenama CR7 yang menjadi antara jenama berpengaruh di dunia sukan.

Jersi Ronaldo 7 mulai dijual pada Selasa. Dan sebelah pagi Rabu, laman web tersebut gagal diakses dengan mesej ralat dipaparkan:

“Website not available at the time! (sic) Sorry for the inconvenience!”

Ataupun:

“Laman sesawang tak tersedia buat masa ini! Segala kesulitan amat dikesali”

Juventus memeterai perjanjian €100 juta yang boleh mencecah €112 juta untuk Cristiano Ronaldo. Pemain berusia 33 tahun itu dilaporkan menerima €500,000.00 seminggu.

Ronaldo dalam ucapan selamat tinggal beliau kepada Real Madrid memberitahu yang beliau merasakan masanya sudah tiba untuk beliau membuka lembaran baru dalam karier beliau.

Ronaldo menjuarai 2 Lagi Liga dan 4 UCL bersama Real Madrid. Beliau juga memenangi 4 daripada 5 Ballon d’Or beliau di Real Madrid.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN