Kerana Penaja Lari, BRM Tarik Diri Dari Saingan Liga M3

BRM

Malang menimpa pasukan Liga M3 iaitu BRM apabila mereka terpaksa mengumumkan penarikan diri daripada saingan divisyen tiga bola sepak negara secara serta merta.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan oleh pihak kelab, BRM mengatakan yang keputusan itu diambil selepas pihak penaja kelab tidak menepati janji yang telah dibuat oleh mereka.

Oleh kerana itu, berlaku kesulitan dalam usaha mereka untuk melunaskan bayaran gaji para pemain.

3 Cara Nak ‘Upgrade’ Pengalaman Layan Liga Malaysia Anda

“Dukacita dimaklumkan bahawa Ahli Lembaga Pengarah Kelab Bolasepak BRM telah bersetuju dengan sebulat suara agar pasukan ini menarik diri dari saingan MBSB Championship 2023 [Liga M3] oleh kerana masalah kewangan yang dihadapi oleh kelab.

“Ini disebabkan oleh kerana beberapa syarikat penajaan yang telah tidak menunaikan janji seperti yang dipersetujui sebelum ini.

“Sehubungan dengan itu, saya mewakili Kelab Bolasepak BRM memohon maaf kepada semua pemain dan pengurusan pasukan yang telah mencurahkan khidmat mereka di beberapa perlawanan yang telah diharungi pada musim ini,” kata Ketua Pegawai Eksekutif BRM, Ghafari Nasir.

Ghafari juga mengatakan yang BRM akan menyelesaikan masalah tunggakan gaji secara berperingkat untuk memastikan para pemain mendapat hak mereka selepas mencurahkan keringat untuk kelab.

Dalam pada itu, pihak Amateur Football League (AFL) mengatakan yang mereka berat hati melihat penarikan diri BRM namun memahami keputusan yang diambil mereka.

Malah, pihak AFL juga telah cuba untuk membantu namun begitu BRM kekal dengan keputusan untuk menarik diri.

“AFL menerima dan menghormati keputusan tersebut dengan berat hati dan susulan penarikan diri KK BRM, semua perlawanannya dibatalkan serta dianggap tidak sah termasuklah semua mata dan gol yang telah dimainkan sebelum penarikan diri secara rasmi KK BRM,” kata Pengerusi AFL, Datuk Wira Yusoff Mahadi.

Setakat 10 minggu saingan Liga M3 berlangsung, BRM mencatatkan dua kemenangan, tiada seri dan tujuh kekalahan untuk menduduki kedudukan 12 daripada 14 pasukan bertanding.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN