Kerana Minat City, Barcelona Masukan Klausa Perlepasan £350 Juta Untuk Sergi Roberto

Barcelona dikatakan bersungguh-sungguh mahu mengekalkan Sergi Roberto dengan mereka untuk masa panjang.

Laporan daripada Catalan menyatakan yang Barcelona sedia menawarkan kontrak mewah kepada pemain tersebut dan memasukkan klausa perlepasan bernilai £350 juta.

Salah satu daripada sebab mereka memasukkan klausa ini adalah kerana minat daripada Manchester City untuk pemain ini. Kuasa beli dimiliki City sangat tinggi.

Mereka belajar daripada apa yang berlaku kepada Neymar sebelum ini yang diletakkan klausa perlepasan £197 juta tetapi masih mampu dibayar oleh PSG.

Barcelona berharap isu kontrak baru ini dapat diselesaikan segera kerana City dikatakan berminat untuk membayar klausa perlepasan semasa pemain ini yang dilaporkan bernilai £35 juta sahaja.

Ini bermakna, Barcelona sedang memasukkan klausa perlepasan 10 kali ganda dalam kontrak baru.

Sergi Roberto sebelum ini menangguhkan sementara untuk menandatangani kontrak baru dengan Barcelona kerana mahukan lebih minit perlawanan.

Jika Sergi Roberto setuju dengan kontrak baru, ia sudah pastinya mengakhiri minat Manchester City untuk pemain tersebut.

Manchester City

Sergi Roberto adalah produk daripada akademi Barcelona dan meningkat naik dalam 2 musim terakhir ini bersama-sama Barcelona.

Beliau boleh bermain di pelbagai posisi. Asalnya, Sergi Roberto adalah pemain tengah. Kini beliau lebih banak bermain sebagai bek kanan.

Antara detik yang paling diingati Sergi Roberto dengan Barcelona pastinya ketika menjaringkan gol di Camp Nou musim lalu ketika menentang PSG.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN