Quantcast

BERITA

Kerana Menjual Mercedes Sewa, Bekas Pertahanan West Ham Ini Ke Penjara

Anda bayangkan; Anda membeli sebuah kereta Mercedes daripada rakan anda – pada harga yang sangat murah. Namun kemudiannya anda mengetahui kereta itu sebenarnya hanyalah kereta yang disewa oleh rakan anda.

Itulah penipuan penjualan kereta yang dilakukan oleh bekas pemain kebangsaan Republik Czech dan juga West Ham iaitu Tomas Repka.

Pada Khamis lalu, mahkamah mendapati Repka bersalah; menjual kereta Mercedes bukan miliknya dengan harga €46,500. Kereta itu hanyalah disewa.

Repka bukanlah nama asing dalam bola sepak. Beliau bersara penuh pada 2014. Namun selepas bersara, Repka beberapa kali sudah ditangkap oleh polis.

Antaranya adalah salah laku siber. Di mana beliau dipenjara 15 bulan kerana mengiklankan perkhidmatan gadis escort di media sosial beliau. Dalam iklan itu, Repka menggunakan bekas isterinya sebagai ‘escort girl’ – dan memberikan telefon bimbit bekas isterinya itu untuk dihubungi.

Selain itu Repka pernah ditahan dan dihukum melakukan khidmat masyarakat kerana kesalahan mabuk ketika memandu sebanyak 2 kali.

Terbaru, beliau menjual kereta Mercedes yang disewanya. Hakim Alice Havlikova kali ini menyatakan mahkamah tiada pilihan; selain daripada menghantar Repka ke penjara.

Repka dijatuhkan hukuman penjara 15 bulan. Peguam beliau mengesahkan mereka akan mengemukakan rayuan di atas hukuman itu.

Sepanjang kariernya, Repka mengutip 20 kad merah. Beliau disisihkan daripada skuad Republik Czech selepas Euro 1996 kerana isu panas baran. Repka ketika itu bermain di final Euro 96 dan mendapat kad merah. Sehingga kini hutang kad merah itu masih ada lagi.

KEMASKINI TERUS KEPADA ANDA!

Jadi yang pertama mendapatkan kemaskini dari kami melalui emel!