Kerana Menerima Rasuah, Pengadil Ini Digantung Oleh FIFA Seumur Hidup

Pengadil antarabangsa dari Tanzania, Oden Charles Mbaga digantung seumur hidup oleh Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) serta dikenakan denda 200,000 Swiss francs (RM812,712) selepas didapati menerima rasuah bagi memanipulasi perlawanan bola sepak.

FIFA berkata dalam satu kenyataan rasmi menjelaskan jawatankuasa etika mendapati Mbaga bersalah menerima rasuah dan melanggar kod etika badan induk bola sepak dunia itu selepas penyiasatan dilakukan bermula pada bulan Julai lalu.

Difahamkan pengadil tersebut bernaung berada dibawah Persekutuan Bola Sepak Tanzania dan aktif mengadili beberapa perlawanan antarabangsa dan liga tempatan.

Dalam satu petikan dari twitter wartawan eropah, FIFA berkata Mbaga “menerima rasuah untuk memanipulasi beberapa perlawanan tempatan dan antarabangsa di antara 2009 dan 2012.”

Kenyataan itu bagaimanapun tidak menjelaskan perlawanan yang terlibat dalam gejala rasuah tersebut.

Menurut laporan daripada CBC, pengadil tersebut mempunyai kaitan dengan bookie dari Singapura, Wilson Perumal.

Mbaga ketika disoal oleh FIFA pada tahun 2010 menjelaskan tidak menerima sebarang makluman dan langsung tidak tahu tentang kes mengatur perlawanan berkenaan.

“Ini adalah berita mengejutkan buat saya. Saya tak tahu langsung mengenai saya digantung daripada aktiviti bola sepak untuk seumur hidup. Saya memang langsung tidak tahu tentang ini,” katanya.

“Saya tahu FIFA melakukan penyiasatan dan kali terakhir mereka menemuramah saya tentang isu pada 2010. Saya memberitahu mereka secara terbuka saya tahu tentang mengatur perlawanan dan saya tak pernah mendengar daripada mereka sejak itu.

“Buat masa ini, saya tak boleh kata apa-apa kerana saya tak dapat maklumat jelas.” katanya.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN