Kerana Kritik Pogba, Mino Raiola Anggap Scholes Lapar Perhatian

Ejen dan pengurus peribadi bintang tengah Manchester United, Paul Pogba telah menyerang Paul Scholes. Ianya gara-gara legenda Man. United itu menembak Paul Pogba selepas kekalahan 3-2 Man. United di tangan Brighton.

Paul Pogba merupakan pemain termahal dalam sejarah Manchester United dengan nilai £89 juta. Beliau menjadi nadi utama pasukan Perancis dalam kejuaraan Piala Dunia 2018 lalu.

Namun selepas kekalahan mengejut di tangan Brighton, Scholes melabel Paul Pogba bermain sangat teruk dan tiada kepimpinan. Scholes mempertikaikan apa relevan Pogba dilantik menjadi kapten?

BRIGHTON, ENGLAND – AUGUST 19: Anthony Knockaert and Glenn Murray of Brighton and Hove Albion pressure Paul Pogba of Manchester United during the Premier League match between Brighton & Hove Albion and Manchester United at American Express Community Stadium on August 19, 2018 in Brighton, United Kingdom. (Photo by Dan Istitene/Getty Images)

Mino Raiola panas hati mendengar kenyataan Scholes. Beliau berpendapat Paul Scholes laparkan perhatian dan tak mahu orang melupakannya.

Raiola juga berpendapat jika Sir Winston Churchill berada di depan mata Scholes, pun bekas pemain Man. United itu tidak akan melihat ciri-ciri seorang pemimpin pada pemimpin legenda itu. Raiola berkata:

“Paul Scholes tidak akan kenal seorang pemimpin jika Sir Winston Churchill berada di hadapan matanya.”

“Sesetengah orang perlu bercakap kerana takut mereka akan dilupakan.”

Raiola juga mencadangkan agar Man. United mempertimbangkan jawatan Pengarah Sukan untuk Scholes. Beberapa hari lalu, kelab itu menyatakan mereka sedang mencari Pengarah Sukan.

Dan jika Scholes menjadi Pengarah Sukan, senanglah kerja Scholes hendak menjual Pogba keluar.

“Paul Scholes patut menjadi Pengarah Sukan dan menasihatkan Woodward untuk jual Pogba. Pasti dia tak tidur malam, mahu mencarikan Pogba kelab baharu.”

Scholes turut mengkritik Pogba yang dikatakan tidak konsisten serta gagal memberikan sokongan kepada Martial dan Lukaku di hadapan. Beliau berkata:

“Sebagai pemain tengah untuk Manchester United, tugas anda adalah untuk mendapatkan bola dan memberikannya kepada pemain terbaik anda yang mampu mengancam lawan anda.”

“Ada kekurangan kepemimpinan dalam pasukan ini. Kita menganggap Paul Pogba mungkin calon terbaik untuk menjadi pemimpin itu tetapi dia tidak ada elemen itu malam ini.”

Sebelum itu, Pogba juga mengkritik dirinya sendiri selepas kekalahan di tangan Brighton. Pogba berkata kepada wartawan selepas tamat perlawanan:

“Saya melihat diri saya terlebih dahulu. Perwatakan saya malam ini tidak cukup baik.”

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN