Kerana Kritik Jadual EPL, Erik ten Hag Disarankan Pulang Semula Sertai Eredivisie

Pengendali Manchester United iaitu Erik ten Hag telah pun mengeluarkan kritikan keras mengenai penyusunan jadual saingan English Premier League (EPL), sebaik sahaja perlawanan membabitkan pasukan beliau bersama Everton selesai.

Beliau meluahkan rasa tidak puas hati berkenaan isu jadual liga tersebut, selepas kesannya mula dirasai kepada penyerang United iaitu Marcus Rashford yang mengalami kecederaan.

Namun, tindakan ten Hag yang mengkritik soal kepadatan jadual itu tidak disenangi oleh pengulas sukan berpengalaman iaitu Richard Keys dan beliau turut memberi pandangan tersendiri.

Menurut Keys, ten Hag sepatutnya kembali menyertai saingan Eredivisie jika beliau tidak berpuas hati mengenai susun atur jadual EPL yang telah ditetapkan sebelum itu.

“Erik, mengenai jadual liga dan isu kecederaan, ia adalah saingan English Premier League iaitu EPL.

“Jadi, jika anda tidak menyukainya akan ada ada sentiasa jalan pergi untuk anda seperti saingan Eredivisie. Tempat yang anda boleh pergi dan tetap di sana,” jelas Keys menerusi Sportbible.

Pada perlawanan tersebut, United berjaya mengesahkan kemenangan mereka untuk mengatasi Everton menerusi keputusan penuh 2-0 di Stadium Old Trafford.

Pada perlawanan tersebut, United berjaya mempamerkan penguasaan penuh dalam permainan untuk tidak membiarkan lawan sewenang-wenangnya mencipta gerakan.

Namun begitu, United terpaksa menunggu sehingga minit ke-36 untuk membuka akaun jaringan perlawanan menerusi pemain tengah mereka iaitu Scott McTominay setelah menerima umpanan daripada Jadon Sancho.

Pasukan tersebut terus melebarkan jaringan mereka di separuh masa kedua dengan giliran Anthony Martial pula meledak gol pada minit ke-71 hasil lorongan cantik daripada Marcus Rashford.

Kemenangan tersebut menyaksikan United berjaya mengukuhkan posisi mereka di tangga keempat liga menerusi kemenangan ke-17 kelab tersebut musim ini dalam saingan EPL untuk berada di belakang Newcastle United.

Walaupun begitu, kemenangan tersebut terpaksa dibayar dengan harga mahal setelah Rashford disahkan mengalami kecederaan sehingga beliau terpaksa dibawa keluar pada minit ke-81.

Kehilangan Rashford pastinya mengundang rasa resah buat ten Hag, selepas pemain itu menjadi kunci utama kekuatan serangan mereka musim ini dalam semua perlawanan dihadapi.

Maka, tidak hairan kenapa ten Hag mengkritik secara keras mengenai susun atur jadual liga yang dianggap tidak relevan serta memberi kesukaran buat pasukan kendaliannya.

Sumber:
Sports Bible

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN