‘Kerana Kerambit Atas Padang’ – Pemuda Ini Terima Kecaman Teruk Daripada Netizen

Semalam, tular di media sosial apabila ada individu yang terlibat dalam pergaduhan ketika satu aksi persahabatan bola sepak dengan membawa senjata kerambit sehingga mengundang kecaman netizen.

Menerusi perkongsian Aliff Akhmal di Facebook, dua foto telah pun dimuat naik dengan mempamerkan salah seorang pemain dari kelab Farouk FT telah membawa kerambit ketika terbabit dalam suatu insiden pergaduhan.

Jelas Aliff, insiden tersebut berlaku di KLFA, Melawati pada jam 12:30 malam ketika 4 Ogos lalu dengan menyatakan pemain tersebut mewakili Farouk FT.

Pemain Liga Sosial Gaduh Sampai Bawa Kerambit?

Perkongsian tersebut jelas mendapat reaksi tidak senang dalam kalangan peminat bola sepak tempatan yang menganggap pemain tersebut tampil terlalu berlebihan.

“Nama team Farouk FT .. kerambit oi .. giler,” ujar Aliff menerusi media sosial Facebook milik beliau dan mendapat pelbagai maklum balas daripada netizen mengenai perkara tersebut.

Selain itu, pempengaruh terkenal di media sosial iaitu Caprice turut cakna akan isu tersebut sehingga beliau dilaporkan menemui akaun Instagram pemuda yang membawa kerambit berkenaan.

Tampil dengan pendedahan akaun media sosial pemuda yang bernama Nur Iman, netizen tak ambil masa yang lama untuk terus menyerang beliau di ruangan komen.

Malah tak kurang ramai juga yang mencabar beliau untuk bertarung secara adil tanpa senjata untuk melihat siapa lebih kuat kerana geram akan perbuatan beliau terdahulu.

“Salam dengar cerita gengster. Mari sekali aku set ring, kita datang tempat awak bang. Tangan kosong, ayuh demi Allah nak try tengok abang main tangan kosong je boleh kan?” komen mhbrzmn_ di ruangan komen Instagram pemuda tersebut.

“Main bola ke salah pilih sukan bang? Sapa ajar bawa senjata dalam padang? Baran ye,” ulas Naimxzfr pula tidak berpuas hati akan individu itu.

“Lain kali jangan main bola lah. Kau masuk UFC je. Memang niat ke memang dah rancang nak bergaduh time tu? Siap bawa kerambit bagai macam dah tahu je sda pergaduhan,” kata mhmmdnil__

Selain itu, banyak lagi kecaman telah diberikan oleh netizen di media sosial pemuda berkenaan sambil ramai mengharapkan beliau ditahan segera oleh pihak polis.

Kami di Semuanya BOLA pula berharap supaya isu sebegini menjadi pengajaran terbaik untuk menjauhi sukan bola sepak daripada sebarang keganasan yang hanya akan memberi kesan negatif buat orang ramai.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN