Kerana Keraian Ini, Xhaka Dan Shaqiri Mungkin Dikenakan Tindakan

Serbia ditewaskan Switzerland dalam perlawanan Kumpulan E. Switzerland menjaringkan dua gol selepas bergelut daripada ketinggalan.

Aleksandar Mitrovic menjaringkan gol Serbia seawal minit ke-5. Namun dua pemain Switzerland berketurunan Balkan menjaringkan gol untuk menewaskan Serbia.

>Granit Xhaka dan Xherdan Shaqiri menjaringkan gol dalam masa 10 minit terakhir perlawanan. Namun, cara keraian gol mereka telah menimbulkan kontroversi.

Salah?

Granit Xhaka dan rakan sepasukannya meraikan gol beliau. (Photo by Clive Rose/Getty Images)

Kedua-dua pemain tersebut telah membuat aksi berlambang helang pada dada mereka. Mereka membawa maksud sokongan kepada etnik Albania.

Etnik Albania kebanyakan telah berhijrah ke Switzerland semasa pergolakan di rantau tersebut. Termasuklah keluarga kedua-dua pemain tersebut.

Bapa kepada Granit Xhaka, Ragip pernah dipenjarakan untuk selama beberapa tahun. Pada 1986, Ragip Xhaka dipenjarakan disebabkan menyertai demonstrasi menentang kerajaan Yugoslavia.

Xherdan Shaqiri sendiri dengan beraninya menayangkan but yang mempunyai bendera Albania dan Kosovo. Difahamkan gambar itu dimuatnaik ke akaun Instagram miliknya.

Komen

Selepas kejadian itu, Xherdan memberitahu bahawa ia merupakan emosi yang biasa ditunjukkan di dalam permainan.

Memang ada pemain Switzerland yang berhasrat untuk menjadi pemain Kosovo selepas FIFA mengiktiraf keahlian wilayah serpihan Serbia itu. Tetapi, FIFA tetap tidak membenarkan mereka melakukan sedemikian.

Isu ini telah menimbulkan perdebatan hangat di laman-laman sosial maya. Adakah FIFA akan mengambil tindakan di atas kedua-dua pemain tersebut?

Sekurang-kurangnya FIFA terpaksa bertegas dan hanya mengenakan denda kepada pemain tersebut. Cuma tidak wajarlah keputusan yang menyaksikan keseluruhan pasukan Switzerland terjejas.

Lumrah

Diakui bahawa isu geopolitikal ini memberikan sedikit kesan kepada suasana acara sukan dunia. Namun, isu-isu ini akan diselesaikan secara dengan diplomasi dan bukannya emosi.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN