Kerana Kawan, Lelaki Ini Sanggup Melupakan Leeds & Mula Menyokong Arsenal

Nota editor: Kisah asal ini ditulis oleh Ayyub Masjuki dan pernah disiarkan dalam fanpage The Arsenal People: A Fan’s Perspective. Jika anda ada kisah menarik mengenai bola sepak yang ingin dikongsikan, hantarkan kisah anda kepada kami berserta gambar.

masjuki

Kisah ini adalah bagaimana saya menjadi peminat tegar Arsenal FC. Untuk pengetahuan anda, saya dilahirkan di Leeds. Jadi secara teknikalnya, saya adalah penyokong setia Leeds United.

Kawan saya, Que, merupakan seorang Gooner (penyokong Arsenal) sejak kecil walaupun pada ketika itu, kawan-kawan kami yang lain masih belum mengenali lagi Arsenal.

Apabila Le Professeur (Arsene Wenger) berjaya membawa masuk Marc Overmars pada tahun 1997, Que sangat teruja. Selain daripada menjadi watak penting dalam memacu kejayaan Arsenal, Que juga berbangga kerana dia mempunyai dahi yang sama luas dengan Marc Overmars!

Dia bangga menjadi seorang Gooner. Selepas habis sekolah, secara kebetulan saya dan Que masuk ke universiti yang sama. Secara jujurnya, kami taklah rapat lagi pada masa itu.

Ketika Arsenal menumpaskan Leeds United dengan jaringan 1-4 di Elland Road pada bulan November 2003, ia merupakan kemuncak kebencian saya terhadap Arsenal dan semua peminat mereka, termasuklah Que.

Tak lama kemudian, tatkala pasukan Arsenal mencapai gelaran The Invincibles, pasukan Leeds pula tersingkir daripada liga.

Tiada lagi siaran langsung dipaparkan di kaca televisyen ketika hujung minggu. Minat saya terhadap Liga Perdana Inggeris semakin pudar.

Kehidupan perlu diteruskan seperti biasa. Namun ia berbeza bagi Que. Sekitar tahun 2009, dia telah disahkan menghidap penyakit POEMS Syndrome.

Para doktor agak bingung dengan simptom penyakit Que dan pada ketika itu, hanya ada 2 orang saja di dunia yang menghidapi penyakit tersebut.

Semakin kerap saya menjenguk dia di hospital, semakin rapat hubungan saya dengan Que. Dan, buat pertama kalinya, saya rasa kami seperti kawan sejati. Benda yang akan selalu saya bualkan dengan Que adalah mengenai Arsenal. Apabila kami bersembang mengenai Arsenal, dia pasti akan tersenyum.

Pada 9 Januari 2012, Arsenal menjadi tuan rumah kepada Leeds United dalam saingan pusingan ke-3 Piala FA. Apa yang menariknya, lagenda Arsenal, Thierry Henry, telah dipinjamkan ke Arsenal dari New York Red Bulls dan dia diletakkan dalam senarai pemain di bangku simpanan.

Ia merupakan perlawanan pasukan kegemaran saya menentang pasukan Que, dengan lagenda bola sepak pada zaman kami di universiti sedang bermain kembali di kelab lamanya.

Ia ibarat takdir Tuhan untuk semua penyokong Arsenal apabila ‘The King” berjaya menjaringkan gol kemenangan Arsenal. Walaupun pasukan saya kalah, saya gembira. Gembira untuk Que.

henry leeds

Que akhirnya meninggal dunia pada hari raya ke-2 tahun 2012. Sebelum dia menghembuskan nafas terakhir, saya sempat beritahu dia:

“Aku akan ambil tempat kau, Que. Aku akan jadi Gooner untuk kau.”

Dan daripas situlah, bermulanya perjalanan saya bersama Arsenal.

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN