Kerana Hina Pemain Muslim, Christophe Galtier Ditangkap Polis

Christophe Galtier

Pengendali Paris Saint-Germain (PSG), Christophe Galtier kini telah ditahan polis dan akan disiasat atas perbuatan beliau yang menghina Islam.

Perbuatan itu telah menjadi perhatian selepas Galtier dikatakan begitu tidak senang dengan amalan pemain-pemain beragama Islam di kelab lamanya iaitu Nice yang menunaikan solat dan sering ke masjid.

Galtier dikatakan pernah mengeluarkan komen yang tidak senang terhadap kumpulan pemain berkulit hitam dan beragama Islam ketika berada di Nice.

Malah, pengendali itu dikatakan pernah menghantar emel yang menunjukkan rasa tidak puas hati kerana mengatakan “hanya pemain berkulit hitam dan beragama Islam sahaja pergi ke masjid pada hari Jumaat”.

Pengendali itu turut mengatakan yang disebabkan amalan ke masjid itu, separuh daripada skuadnya telah pergi ke situ dan menunaikan kewajiban mereka sebagai umat Islam.

Malah lebih teruk lagi, Galtier turut melabel skuadnya sebagai “sampah” hanya kerana mereka berkulit hitam dan beragama Islam.

Galtier juga pernah berkata yang skuad yang beliau miliki di Nice jelas sekali tidak bersesuaian dengan dirinya hanya kerana separuh daripada skuadnya adalah berkulit gelap dan beragama Islam.

Isu perkauman dan juga Islamophobia di Perancis ini bukanlah perkara baharu kerana ianya masih lagi merupakan masalah yang teruk namun tidak berjaya diatasi dengan baik oleh negara tersebut.

Diharap Galtier akan menerima balasan setimpal di atas kebenciannya kepada bangsa dan agama yang berlainan dengan dirinya.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN