Kadangkala ada saja perkara menjengkelkan semasa hendak mengembara ke sesebuah negara. Pesawat lewat merupakan perkara biasa.
Kisah malang menimpa penyokong Tottenham Hotspur ini telah berlaku beberapa jam sebelum perlawanan akhir Liga Juara-Juara Eropah.
Pesawat malang
Kira-kira 200 penyokong Spurs tersadai di Lapangan Terbang Stansted lebih daripada 6 jam. Pada asalnya, mereka dijadualkan berlepas pada jam 9.50 pagi waktu London.
Pesawat yang membawa mereka telah dilanggar burung. Disebabkan itu, pesawat tersebut telah diklasifikasikan tidak selamat untuk diterbangkan.
Update for @SpursOfficial fans pic.twitter.com/pRFk7PS0P1
— Thomas Cook Sport (@thomascooksport) June 1, 2019
Syarikat agensi pelancongan mereka, Thomas Cook Sport segera mendapatkan pesawat ganti yang diterbangkan khas dari Manchester ke Stansted.
Namun begitu, pesawat ganti itu telah tiba di Stansted pada jam 4.30 petang. Malangnya, mereka bertolak sejam kemudian.
Terlepas
Ratusan penyokong Spurs tersebut terpaksa memasuki stadium selepas sepak mula biarpun pesawat tiba sebelum perlawanan dimulakan.
Perlawanan antara Liverpool menentang Tottenham diadakan pada jam 9 malam waktu Madrid.
Ini bermakna penyokong Spurs itu terlepas menyaksikan gol yang dijaringkan oleh pemain sensasi Liverpool, Mohamed Salah pada minit kedua perlawanan.
Sedangkan jarak antara lapangan terbang Madrid dengan stadium Wanda Metropolitano hanyalah berjarak kurang 5 batu sahaja!
Berusaha
Meskipun dikecam, pengurusan Thomas Cook Sport untuk memperbetulkan keadaan harus dipuji. Mereka berusaha mendapatkan pesawat ganti seberapa segera demi membawa para penyokong Spurs ke Madrid.
Antara yang memberikan kecaman secara terbuka ialah individu bernama Rob White. Setelah diselidiki, Rob merupakan anak bekas pemain Spurs terkenal ialah, John White.
Hi Rob, there's a Thomas Cook aircraft en route, you're scheduled to depart Stansted at 16.30 and arrive into Madrid at 19.30 local time. When you land we'll get you to the stadium as quickly as possible. ^Jamie
— Thomas Cook Sport (@thomascooksport) June 1, 2019
Rob White memuatnaik kecaman melalui akaun Twitternya dan ciapan itu menerima balasan daripada pihak pengurusan Thomas Cook Sport.
Thomas Cook Sport merupakan syarikat agensi pelancongan yang mengendalikan urusan melancong untuk menonton perlawanan acara-acara sukan di serata dunia.
Mereka pernah menaja Manchester City dari tahun 2004 hingga 2009.