‘Kerana ACL’ – Noor Al-Rawabdeh Dijangka Bakal Berehat Panjang

Hasrat untuk pemain tengah berpengaruh Selangor iaitu Noor Al-Rawabdeh meneruskan perjuangan musim ini bersama kelab itu sehingga ke garisan penamat dilihat mungkin tidak kesampaian.

Terbaharu, Rawabdeh tampil membuat perkongsian di media sosial Instagram dengan menyatakan dirinya mengalami kecederaan di bahagian lutut atau lebih dikenali ramai sebagai Anterior Cruciate Ligament (ACL).

“Selepas pemeriksaan, saya disahkan mengalami kecederaan ACL. Dan kami hanya mengeluarkan kata-kata yang baik, segala puji syukur kepada Allah untuk semuanya,” ujar beliau di Instagram seperti diterjemahkan oleh Vocket FC.

Laporan menyatakan Noor mengalami kecederaan tersebut selepas aksi membabitkan The Red Giants menentang PDRM baru-baru ini di mana aksi berkesudahan 1-1 dalam saingan Liga Super 2024/2025.

Kecederaan itu menyaksikan Noor berkemungkinan besar terpaksa diketepikan untuk suatu tempoh lama dengan proses pembedahan serta pemulihan mengambil masa cukup lama.

Seperti diketahui, kecederaan ACL antara yang paling ditakuti kebanyakan pemain bola sepak kerana proses pemulihannya mengambil masa cukup lama selain berpeluang menjejaskan prestasi lalu.

Ada sesetengah pemain terpaksa melupakan terus kerjaya mereka dalam dunia bola sepak akibat kecederaan tersebut, selain prestasi lalu mereka sukar dikembalikan semula.

Selain Noor, Selangor juga sebelum ini kehilangan pemain tengah import mereka iaitu Alex Agyarkwa akibat kecederaan dialami serta kini sedang berada dalam tempoh pemulihan semula.

Seperti diketahui, Noor merupakan tunjang utama Selangor sejak musim lalu apabila beliau merupakan jeneral buat kelab itu untuk menggerakan serangan serta mengawal tempo permainan.

Sepanjang beraksi di Malaysia, Noor telah pun meledak tujuh gol bersama lima bantuan jaringan daripada 43 penampilan secara keseluruhan buat Selangor sejak tahun lalu.

Keupayaan beliau untuk membuat hantaran tepat serta mengawal tempo permainan menyaksikan dirinya juga menjadi nadi utama buat skuad kebangsaan Jordan di pentas antarabangsa.

Noor juga memainkan peranan cukup besar sepanjang bersama Jordan dalam saingan Piala Asia 2023 yang berlangsung lalu di Qatar serta memberi impak positif di atas padang.

Kami mendoakan supaya Noor kembali sembuh dan sudah tentu ini menjadi cabaran besar baharu buat Nidzam Jamil untuk mendapatkan pengganti bersesuaian dengan barisan pemain sedia ada.

Safuwan Baharudin antara pemain yang boleh dicadangkan kini selaku pengganti kekosongan bakal ditinggalkan oleh Noor di bahagian tengah pada baki aksi akan datang buat saingan musim ini.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN