Kerajaan Terima Penajaan RM30 Juta Untuk Siaran Langsung Piala Dunia 2018

Menteri Kewangan, Lim Guan Eng mengesahkan kerajaan tidak akan membayar satu sen pun untuk menyiarkan siaran langsung 41 perlawanan Piala Dunia 2018 di saluran RTM.

Beliau menjelaskan terdapat syarikat korporat akan menaja kos RM30 juta dan kerajaan boleh mendapatkan kembali kos siaran langsung itu melalui pengiklanan, tanpa perlu “membelanjakan sesen”.

“Kami akan dapat kembali RM30 juta itu, kami tidak akan belanja sesen pun untuk Piala Dunia.

“Rakyat Malaysia akan jimat sehingga RM100 (berbanding langganan untuk televisyen berbayar),” katanya menafikan kritikan kerajaan akan membelanjakan semua kutipan dalam Tabung Harapan Malaysia (THM).

Minggu lepas, Menteri Komunikasi dan Multimedia, Gobind Singh Deo berkata, RTM akan menyiarkan 41 perlawanan yang menelan belanja RM30 juta, dengan 27 daripada aksi itu disiarkan secara langsung.

 

Katanya, siaran langsung itu boleh mempromosikan RTM dan meningkatkan jumlah penontonnya.

“Peruntukan untuk Piala Dunia diluluskan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad dan ia hanya empat tahun sekali,” kata Guan Eng.

Piala Dunia 2018 berlangsung bermula 14 Jun hingga 15 Julai depan. Penyiaran di RTM ini menjadi berita gembira terutamanya buat peminat bola sepak yang tidak berkemampuan untuk melanggan siaran televisyen satelit dan berbayar.

Walaupun Malaysia tidak pernah beraksi dalam saingan paling berprestij itu, sambutan hangat tetap diberikan oleh para peminat untuk tidak terlepas bagi menonton aksi bola sepak berkelas dunia yang berlangsung setiap empat tahun itu.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN