Kejutan bersilih ganti dalam saingan Piala FA Inggeris. Kelab bawahan menumbangkan lagi kelab di divisyen teratas. Tiga perlawanan ulangan Pusingan Ketiga memberikan keputusan luar jangkaan semua.
Malah, semua keputusan berubah pada minit-minit akhir perlawanan.
AFC Wimbledon 1-3 Sutton United
Derbi London ini menyaksikan pasukan pelawat menewaskan Wimbledon. Perlawanan dilihat diheret ke masa tambahan. Tetapi dua gol dari pemain Sutton, Maxime Biamou dan Dean Fitchett telah memastikan mereka layak ke Pusingan Keempat.
Sutton akan melayani kedatangan Leeds United di laman sendiri pada 29 Januari.
Barnsley 1-2 Blackpool
Bright Osayi-Samuel menjaringkan gol kemenangan untuk Blackpool pada minit 120+1 di saat kedua-dua pasukan bersiap untuk sepakan penalti. Blackpool kini bermain di League Two memalukan seteru mereka yang berada di Championship.
Blackpool akan ke Ewood Park untuk bertemu Blackburn pada 28 Januari.
Lincoln City 1-0 Ipswich Town
Lincoln City dari National League menumbangkan Ipswich Town yang bermain di Championship.
Nama Nathan Arnold akan dijulang penyokong di Sincil Bank. Nathan menjaringkan gol tunggal sekaligus gol kemenangan buat pasukan tuan rumah. Lincoln akan bermain di Pusingan Keempat selepas 41 tahun.
Mereka akan bertemu Brighton & Hove Albion pada pusingan ke-4.
Penutup
Satu persatu kelab atasan dimalukan seterus yang lebih bawah. Memang hebat aura Piala FA Inggeris yang ada unsur ‘giant-killing’!
Baca juga: Perang Poster JDT & Kedah Menjelang Piala Sumbangsih 2017