Kepulangan Tevez Tidak Dialu-Alukan Oleh Penyokong Shanghai Shenhua

Carlos Tevez sudah pun kembali ke pangkuan pasukan utama beliau setelah pulang ke Argentina ketika dalam tempoh pemulihan kecederaan sebelum ini.

Namun kini, Carlos Tevez menjadi watak yang paling dibenci oleh penyokong Shanghai Shenhua. Dalam perlawanan Ahad lalu, Tevez di-boo oleh penyokong Shanghai Shenhua.

Lebih perit, dalam perlawanan tersebut, Shanghai Shenhua tewas lagi kali ini di tangan Henan Jianye dengan kedudukan 2-1.

Bunyi boo sangat jelas kedengaran menyambut kepulangan semula Carlos Tevez. Sejak menyertai Shanghai Shenhua pada Disember 2016, Tevez hanya beraksi dalam 12 perlawanan.

Beliau hanya menjaringkan 2 gol dans salah satu daripadanya adalah menerusi sepakan penalti.

Setakat ini, Tevez sudah mendapat £23.7 juta di dalam akaun beliau dan wang itu masih akan terus masuk sehingga kontrak beliau berakhir.

Tevez dikecam kerana dilihat tidak bersungguh-sungguh berkhidmat untuk pasukan beliau. Ketika cedera, Tevez tidak mengikuti program latihan pemulihan seperti pemain lain.

Sebelum ini beliau ke Disneyland China dan kemudian pulang ke Argentina. Ketika di Argentina tempoh hari, Tevez dengan terbuka menyatakan beliau mahu pulang ke Boca Juniors tetapi buat masa ini perkara itu sukar.

Pengurus Shanghai Shenhua, Gus Poyet dilaporkan kecewa dengan prestasi Tevez. Kos membawa Carlos Tevez ke Shanghai Shenhua dari Boca Juniors bukannya murah.

Kos keseluruhan yang dibayar oleh Shanghai Shenhua untuk membawa Tevez adalah sekitar £71.6 juta termasuk pakej gaji £615,000 seminggu yang menjadikan beliau pemain bola sepak berhgaji paling tinggi.

Sumber

Goal – http://www.goal.com/en-ng/news/carlos-tevez-booed-by-shanghai-shenhua-fans/147zq63rna6f51idbqmypcvflr

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN