Kepercayaan Dollah Salleh Kunci Kebangkitan Lee Tuck

Lee Tuck Sri Pahang

Selepas ‘hilang sengat’ dalam tiga perlawanan pertama, pemain tengah Sri Pahang, Lee Tuck akhirnya kembali membuktikan kewibawaannya hasil dari kepercayaan dan semangat yang diberikan pengendali, Dollah Salleh yang kembali membimbing pasukan itu.

Skuad Tok Gajah berjaya meraih kemenangan pertama mereka dalam aksi Liga Super 2021 selepas menundukkan Sabah 2-1 di Stadium Darul Makmur, Kuantan pada Selasa.

Bekas pemain Terengganu FC itu menyumbang gol kemenangan menerusi tandukan pada minit ke-70 selepas gol pertama dilakukan oleh Yevhen Bokhashvili.

Lee Tuck yang baru berhijrah ke Sri Pahang pada musim ini mengakui pada awalnya masih dalam fasa mencari rentak keserasian sewaktu perlawanan pertama dan kedua tempoh hari sehingga bergelut untuk memburu kemenangan.

Namun semangat berterusan yang diberikan Dollah untuk meletakkan kepercayaan tinggi kepadanya dalam perlawanan membuatkan dia lebih yakin untuk membuktikan sesuatu pada aksi semalam.

“Satu kelegaan untuk diri saya dan pasukan apabila akhirnya berjaya meraih tiga mata pertama dan ia sangat bermakna untuk kami meneruskan aksi pada musim ini dengan lebih baik,” ujar pemain berusia 32 tahun itu kepada media MFL.

“Kami sebenarnya sentiasa memperbaiki diri dalam setiap perlawanan dan daripada aspek serangan juga bertambah baik, yang penting semua pemain hanya ikut apa yang diajar oleh jurulatih dan daripada situ kami bina tahap keyakinan untuk lebih bersemangat dalam perlawanan semalam.

“Semestinya dengan satu gol yang saya lakukan semalam membuatkan semangat ini terus meningkat untuk saya cuba memburu lebih banyak gol, tetapi apa yang penting adalah untuk bantu menghadiahkan mata buat pasukan.”

Dollah yang menggantikan Thomas Dooley yang ‘direhatkan’ berpuas hati dengan aksi yang telah ditampilkan oleh kesemua pemain terutamanya Lee Tuck sebagai ‘jeneral’ yang mengawal rakan sepasukannya di atas padang.

Beliau menganggap pemain kelahiran England itu merupakan pemain terbaik dalam perlawanan tersebut dengan berjaya mencipta peluang dan asakan merbahaya kepada lawan sejak dari awal permainan.

Untuk aksi seterusnya, Sri Pahang dijadualkan bertemu PJ City di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya pada 21 Mac ini.

Kredit Foto: Sri Pahang FC

Page Semuanya BOLA yang lama kini sedang menghadapi masalah. Jadi untuk terus membaca artikel-artikel menarik dan berkualiti, jangan lupa like dan follow page baharu Semuanya BOLA (fb.com/semuanyabolaofficial) dan siaran Telegram (t.me/mysemuanyabola).

Baca juga artikel kami yang lain mengenai perkembangan bola sepak tempatan:

5 Sebab Tony Fernandes Layak Terajui MFL

Frank Bernhardt: Saya Tidak Puas Hati Dengan Prestasi Pemain Import

Terikat Tanpa Jaringan, Tomas Trucha Beri Bayangan ‘Overhaul’ Jentera Serangan

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN