KEPDA Minta Penyokong Kedah Jangan Terlalu Memuja Marcote

Persatuan Bolasepak Kedah (KFA) baru sahaja mengumumkan perlantikan jurulatih baharu dari Sepanyol, Ramon Marcote sebagai Ketua jurulatih skuad Helang Merah bagi menghadapi saingan Liga Super musim depan.

Justeru itu, Presiden Kelab Penyokong Bolasepak Kedah (KEPDA), Nor Asmadi Hamzah mengingatkan penyokong Kedah agar jangan terlalu ghairah menyambut kehadiran Ramon Marcote sebagai jurulatih baru pasukan itu kerana bimbang ia akan memakan diri.

Asmadi berkata kepada berita harian, beliau bimbang keghairahan melampau ke atas Marcote boleh menyebabkan penyokong sukar menerima hakikat jika jurulatih itu gagal membawa hasil yang diharapkan kelak.

“Saya lihat cara penyokong bola sepak Kedah meraikan kedatangan Marcote seolah-olah kami mendapat Jose Maurinho sebagai jurulatih.

“Ke mana-mana saya pergi, waima di warung kopi sekali pun topik paling panas di kalangan penyokong bola sepak Kedah sekarang adalah tentang kedatangan Marcote.

“Malah, daripada reaksi penyokong, saya dapat membaca bahawa mereka meletakkan harapan yang begitu tinggi kepada Marcote.

“Mereka juga terlalu yakin jurulatih itu akan membawa lebih banyak kejayaan kepada Kedah musim depan sehingga ada sudah bermimpi pasukan kami mampu melakukan treble sekali lagi seperti pernah dilakukan oleh Azraai (Khor Abdullah) dulu,” katanya kepada berita harian.

Marcote mengendalikan sesi latihan pasukan Kedah semalam. (Gambar: KFA)

Asmadi berkata keghairahan itu tercetus kerana penyokong percaya Marcote adalah pilihan terbaik berdasarkan rekodnya ketika menjadi pemangku jurulatih semasa ketiadaan Tan Cheng Hoe yang menjalani kursus di China pada musim 2015 lalu.

“Marcote yang mengambil alih tugas itu berjaya meningkatkan prestasi pasukan sehingga layak ke final Piala Malaysia.

“Sejak itu nama Marcote begitu popular sehinggakan bila Cheng Hoe meletak jawatan untuk menjadi penolong jurulatih skuad kebangsaan, penyokong sangat mengharapkan kedatangannya sebagai pengganti.

“Jadi, bila harapan itu akhirnya menjadi kenyataan sekarang, mereka berasa terlalu gembira seolah-olah sudah menang satu piala.

Pemain Kedah menjalani sesi latihan rasmi semalam. (Gambar: KFA)

“Saya bimbang situasi ini akan memakan diri mereka sendiri kelak. Keghairahan yang melampau ini boleh menyebabkan mereka makan hati atau terlalu kecewa jika apa yang diharapkan tidak menjadi kenyataan.

“Bukan saya membantah pelantikan Marcote atau meragui kemampuannya tapi janganlah kita meletakkan harapan yang terlalu tinggi sebaliknya perlu berpijak di bumi nyata.

“Marcote belum mempunyai rekod sebagai ketua jurulatih kerana sebelum ini beliau hanyalah jurulatih kecergasan. Kedah adalah pasukan pertama akan dibimbingnya.

“Berilah dia peluang membentuk pasukan tanpa memberi tekanan berlebihan ke atasnya. Penyokong juga perlu bersedia untuk menerima kegagalan jika itu yang berlaku,” kata Asmadi.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN