Kedah adalah salah sebuah pasukan pilihan untuk muncul juara Liga Super musim 2020 jika senarai pelaburan pihak pengurusan kelab tersebut dalam persiapan untuk menghadapi saingan pada musim hadapan diambil kira.
Kenyataan itu tiba dari pemilik Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor (TMJ) dalam sesi “No Holds Barred” pada hujung minggu lalu.
Jika kejayaan lalu diambil kira, ia mungkin kelihatan sukar kerana hakikatnya JDT adalah sebuah pasukan yang serba serbi lebih lengkap dengan enam kejuaraan berturut-turut Liga Super sebelum ini.
Berikut adalah koleksi gambar yang sempat dirakam ketika sesi latihan di Stadium Sultan Abdul Halim, petang tadi.
Posted by FA Kedah on Monday, December 9, 2019
Namun bagi Kelab Penyokong Kedah Darul Aman (KEPDA), kenyataan daripada TMJ itu sewajarnya diambil sebagai satu motivasi untuk menamatkan penguasaan dominasi JDT pada musim hadapan.
Kedah adalah juara Piala FA pada musim lalu, dan pada musim akan datang akan bersama-sama dengan JDT bersaing di pertandingan Lija Juara-Juara AFC (ACL 2019).
“Apa yang diluahkan Tunku Ismail itu satu pandangan yang boleh menjadi motivasi terbaik buat Kedah selepas kegshairahan semua penyokong yang menyambut baik kehadiran ‘2k’ iaitu Kpah Sherman dan Kipre Tchetche bagi memperkuatkan pasukan musim depan,” ujar beliau seperti yang dilaporkan oleh Berita Harian.
Step 2: Place this code wherever you want the plugin to appear on your page.
MAJLIS MENANDATANGANI KONTRAK PEMAIN PASUKAN LIGA SUPER KEDAH MUSIM 2020
8 pemain baharu skuad Helang Merah telah…
Posted by FA Kedah on Tuesday, December 3, 2019
“Kenyataan itu boleh kita jadikan satu seruan buat skuad Kedah sendiri dan kami anggap sebagai satu cabaran untuk pasukan terus melangkah ke depan kerana kita harus berfikiran lebih positif demi kemajuan bola sepak Kedah.
“Kita harus terus fokus dan beri saingan seperti dirancangkan untuk musim depan dan kami tidak menganggap kenyataan itu sebagai tekanan psikologi.”
Selain daripada Kpah dan Kipre yang akan menguatkan jentera serangan, Nor Asmadi juga teruja dengan kejayaan Kedah memikat beberapa pemain tempatan berkualiti seperti Hadin Azman, Irfan Zakaria, Shahril Sa’ari, Zulkhairi Zulkepli untuk saingan pada musim hadapan.
Kedah turut dikatakan akan mengumumkan seorang lagi pemain import di posisi tengah pada masa terdekat.