KEPDA Anggap Azraai Khor Calon Yang Tepat Untuk Membimbing Kedah

Arne Slot: 'In every other league a lead like this would be very comfortable' Loading official content
Arne Slot: 'In every other league a lead like this would be very comfortable'
Liverpool FC boss cautioned that the quality of the Premier League means Liverpool’s 11-point lead at the top is by no means unassailable after his side beat Manchester City 2-0 at Etihad Stadium.
0 seconds of 37 secondsVolume 0%
Press shift question mark to access a list of keyboard shortcuts
00:00
00:37
00:37
 
Teruskan Menonton
Video Seterusnya Arema stars prepare for PSIS Semarang Djed Spence reflects on scoring his first Premier League goal Postecoglou: 'Sonny was just unplayable in the first half' Maresca: 'Chelsea didn’t deserve to lose but we weren't clinical enough' Sergio Ramos makes his debut in Mexico as Monterrey beat Atlético San Luis Arteta on title race: 'It's not on our hands, and I'm really annoyed' Behind the scenes: Musiala and his little brother at the contract extension video shoot Madura United gear up for Persib away clash Champions League: 2024-25 play-off draw Lihat lebih video Hayters - Pressbox di OneFootball

Kelab Penyokong Kedah Darul Aman (KEPDA) memberikan sokongan penuh kepada Persatuan Bolasepak Kedah (KFA) sekiranya badan induk bola sepak negeri itu berhasrat untuk melantik Azraai Khor Abdullah sebagai pengendali baharu skuad Helang Merah musim depan.

Presiden KEPDA Nor Hasmadi Hamzah berkata kepada Berita Harian, berpendapat Azraai merupakan calon yang terbaik malah diyakini mampu membawa perubahan besar bagi membentuk pasukan baharu yang lebih mantap bersama seorang lagi calon pembantu, Victor Andrag.

“Biarlah KFA buat kerja mereka. Kami sekadar melontarkan pandangan ikhlas dan kami rasa Azraai kini amat sesuai.

“Kami tidak menafikan keupayaan jurulatih luar namun nama Azraai pun sudah berkemampuan dan layak diangkat sebagai calon yang tepat dan kami yakin Azraai mampu membawa sinar baharu buat Kedah.

“Kami juga sedar KFA mahu berjimat cermat dalam perbelanjaan musim depan dan salah satu jalan terbaik adalah dengan melantik jurulatih tempatan seperti yang kami cadangkan ini. Tambahan pula Azraai anak jati Kedah dan banyak kos boleh dijimatkan,” jelasnya.

Azraai Khor bersama barisan import lagenda Kedah 2007-2008

Azraai Khor bukanlah nama yang asing bagi bola sepak Kedah kerana beliau merupakan watak penting apabila Kedah muncul juara berganda pada tahun 2007 dan 2008.

Pada bulan Februari yang lalu, beliau dilantik sebagai pengendali baharu pasukan Negeri Sembilan bagi menggantikan jurulatih dari Jerman, Jorg Peter Steinebrunner yang gagal menaikkan prestasi pasukan Negeri Sembilan ke tahap memuaskan selepas 4 perlawanan Liga Super musim ini.

Namun begitu, khidmat beliau tidak bertahan lama apabila Persatuan Bolasepak Negeri Sembilan (PBNS) membuat kejutan apabila mengumumkan jurulatih muda dari Portugal, Mario Lemos sebagai Ketua Jurulatih baharu bagi menggantikan Mohd Azraai Khor Abdullah.

Azraai Khor sebelum ini dilantik sebagai Ketua Jurulatih skuad Negeri Sembilan. FOTO: Team N9FC

Keputusan itu ternyata mengejutkan Azraai Khor sendiri yang tidak menyangka khidmatnya ditamatkan serta-merta sebelum sempat membawa masuk pemain import baharu ketika jendela perpindahan kedua Liga Malaysia dibuka secara rasmi.

Melihat kepada perkembangan pemilihan ketua jurulatih Kedah yang difahamkan ditentukan pada 8 Oktober ini, KEPDA meletakkan keyakinan penuh terhadap kepimpinan tertinggi Persatuan Bolasepak Kedah (KFA) bagi memilih dan menentukan calon berwibawa mengisi kekosongan pengendali utama skuad Lang Merah itu.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN