Bintang muda Borussia Dortmund, Karim Adeyemi muncul wira kelabnya selepas kejayaan beliau menjaringkan gol kemenangan untuk gergasi Bundesliga itu menewaskan Chelsea 1-0 dalam aksi saingan Champions League awal pagi tadi.
Walau bagaimanapun, apa yang mencuri perhatian peminat adalah ketika melihat Adeyemi mengayam-ayamkan pemain termahal Chelsea, Enzo Fernandez sebelum beliau meledak gol kemenangan untuk Borussia Dortmund.
Chelsea memenangi sepakan sudut dan Dortmund berjaya merampas penguasaan bola dan dari situasi itu pasukan tuan rumah berjaya memperoleh gol kemenangan.
Karim Adeyemi dribbled right past Enzo Fernández, went around Kepa, and gave Dortmund the lead against Chelsea.
What a talent ✨ pic.twitter.com/uVk58elpmI
— ESPN FC (@ESPNFC) February 15, 2023
Adeyemi membawa bola terus masuk ke kawasan Chelsea dengan menggunakan kepantasan beliau yang sungguh luar biasa dahsyat itu.
Enzo Fernandez merupakan satu-satunya pemain lawan yang ada di hadapan beliau, namun ia jelas bukan masalah sama sekali untuk Karim Adeyemi melepaskan diri.
Enzo Fernandez jelas tak mampu menandingi kepantasan Adeyemi dengan pemain berusia 21 tahun itu terlalu mudah melepaskan diri untuk masuk ke kotak penalti Chelsea.
Sebaik melepaskan diri dari bekas bintang Benfica itu, Adeyemi tenang menewaskan Kepa Arrizabalaga untuk meledak gol kemenangan Borussia Dortmund menewaskan Chelsea.
Adeyemi dribbled right past Enzo Fernández like he was not there. pic.twitter.com/DI5HTqn2ZU
— Olly of Man united. (@OllyofLagos) February 15, 2023
Memandangkan Enzo Fernandez ditandatangani dengan harga yang sungguh dahsyat, maka tidak hairanlah mengapa peminat mempersoalkan tentang bagaimana lemahnya beliau ketika berdepan Karim Adeyemi.
Peminat mempertikaikan kepantasan yang dimiliki oleh bintang Argentina dan merasakan harga beliau sepatutnya lebih murah kerana beliau tidak mempunyai kelajuan.
“Tidak perlu menunggu lama, Adeyemi sudah membuktikan yang Enzo Fernandez bukan pemain bernilai 100 juta.”
“Enzo Fernandez nampak macam budak sekolah ketika dia berdepan dengan Karim Adeyemi.”
“Memang benar-benar pantas, tapi yang lebih menarik dia buat Enzo Fernandez nampak macam permainan sahaja.”
📸 – Enzo Fernández getting done by Adeyemi who also manages to go past Kepa! pic.twitter.com/KNXVwC3aai
— 𝐀𝐅𝐂 𝐀𝐉𝐀𝐗 💎 (@TheEuropeanLad) February 15, 2023
“Karim Adeyemi betul-betul mempermain-mainkan Fernandez malam ini.”
Gol jaringan Adeyemi itu sudah cukup untuk membantu Borussia Dortmund mencatatkan kemenangan menewaskan Chelsea di pusingan 16 terbaik saingan Champions League.
Dortmund pada 7 Mac nanti bakal berkunjung ke Stamford Bridge untuk aksi leg kedua bertemu Chelsea dan jelas sekali gergasi Bundesliga itu bakal melakukan apa sahaja untuk layak ke peringkat seterusnya.
Enzo Fernandez couldn't keep up with Karim Adeyemi 💨😳#BBCFootball pic.twitter.com/CxrXLvD3wb
— BBC Sport (@BBCSport) February 15, 2023
Chelsea sementara itu jelas sekali mahu segera lupakan kekalahan pada hari ini dengan mereka bakal melayan kunjungan Southampton untuk aksi dalam saingan Premier League pada hujung minggu ini.