Kepakaran Luar Dibawa TMJ Beri Manfaat Buat Akademi Perdana United

Akademi pembangunan bola sepak akar umbi, Perdana United antara yang mendapat kesan positif menerusi usaha telah dibuat oleh Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor (TMJ) untuk membawa kepakaran luar demi menaikkan mutu sukan tersebut ke arah lebih tinggi.

Seperti diketahui, TMJ merupakan individu yang sentiasa menitik beratkan kemajuan bola sepak dalam negara di segenap sudut dan usaha baginda pastinya turut terarah kepada pembangunan akar umbi bersama Johor Darul Ta’zim (JDT).

Salah satu akademi tempatan iaitu Perdana United antara mendapat kesan positif menerusi kepakaran luar serta teknologi baharu diperkenalkan oleh TMJ sehingga membantu pengendali muda iaitu Muhammad Iddin bin Juraini mendapat pengalaman cukup berguna.

Antara permata baharu diperkenalkan Perdana United

Iddin merupakan salah seorang tenaga pengajar buat Akademi Perdana United di Johor dan beliau sebelum itu berpengalaman dalam pembangunan akar umbi sejak tahun 2016.

Bawah kendaliannya, hampir 15 orang bintang-bintang muda berbakat berjaya diserap masuk bersama Akademi JDT setakat ini untuk mengembangkan lagi karier mereka sehingga ke pentas profesional.

Jelas pengendali muda tersebut, kehadiran tenaga pakar dari luar negara membolehkan beliau untuk mendapat ilmu berguna selain saling bertukar pandangan untuk memartabatkan pembangunan bola sepak akar umbi yang bukan sahaja untuk dinikmati JDT, malahan Harimau Malaya.

“Sejak 2018, PU (Perdana United) banyak belajar dengan ramai jurulatih dari Sepanyol dalam menyediakan sesi latihan yang berkualiti. Modul latihan untuk pasukan elit banyak menekankan aspek permainan pelbagai variasi latihan ‘rondo’. Ianya membantu meningkatkan IQ pemain dan membolehkan seseorang pemain bermain dalam bola sepak moden.

Iddin bersama pencari bakat JDT, Diego Griffa

“PU juga banyak belajar dengan jurulatih dari Argentina dalam menyempurnakan kualiti individu pemain. Diego Griffa mengajar kami mengenalpasti ciri-ciri yang diperlukan pemain dalam setiap posisi, dan ianya membantu kami membangunkan seseorang pemain dengan lebih sempurna sesuai dengan potensi pemain dan kehendak bola sepak moden kini.

“Setakat ini sudah 15 orang pemain dah tandatangani kontrak dengan JDT dari PU berusia 10-14 tahun. 5 daripadanya bermain di posisi tengah dan menjadi tonggak utama dalam kategori umur masing-masing.

“Negara kita belum pernah bermain dalam piala dunia, kita juga belum dapat melahirkan pemain yang mampu bersaing di negara maju dalam bolasepak.

“Usaha TMJ membawa tenaga pakar dari akademi besar dapat mengembangkan lagi maklumat dan pengetahuan dalam membangunkan bakat-bakat baru di negara ini,” ujar Iddin eksklusif kepada Semuanya BOLA.

Malah, keberkesanan usaha TMJ juga menyaksikan Perdana United berjaya melahirkan seorang lagi pemain berbakat besar iaitu Mika Hail Hadi bin Husnul Hadi sebelum beliau juga berkemungkinan diserap menyertai sesi latihan bersama Akademi JDT.

Menurut Iddin, pemain tersebut telah menandatangani kontrak bersama akademi JDT ketika berusia 9 tahun selepeas dirinya menampilkan prestasi cukup menyakinkan.

Mika miliki potensi cukup besar pada usia masih muda

Sejak itu, Diego Griffa turut memantau perkembangan Mika dengan pengalaman serta dibantu oleh kepakaran yang dimiliki JDT untuk mengembangkan lagi karier beliau dalam dunia bola sepak profesional pada masa hadapan.

“Beliau bermain di posisi tengah menyerang. Kebolehannya untuk memainkan peranan di posisi nombor 10 pada usia muda kini boleh dianggap sangat baik pada pandangan saya,” jelas Iddin lagi.

Akhir sekali, Iddin turut berharap supaya lebih ramai jurulatih tempatan mengambil manfaat terbaik daripada kepakaran luar negara untuk belajar sebaik mungkin supaya program pembangunan bola sepak di Malaysia akan terus berkembang.

“Sebenarnya, pembangunan akar umbi di Johor agak ketinggalan sebelum ini sehingga kewujudan JDT berjaya memastikan ianya kini semakin mekar berkembang.

“Nasihat saya buat jurulatih tempatan di sekitar Johor supaya mereka turut mengambil manfaat terbaik daripada kepakaran yang telah dibawa oleh TMJ demi perkembangan lebih positif buat pembangunan bolasepak akar umbi.” ujar Iddin akhir sekali.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN