Kepa Arrizabalaga Lengkapkan Perpindahan Ke Chelsea Bagi Menjadikannya Penjaga Gol Termahal Dunia

Arrizabalaga

Lagi cerita mengenai Chelsea diperkatakan menjelang tarikh tutup perpindahan Liga Perdana Inggeris apabila kelab London itu telah berjaya membawa masuk penjaga gol Athletic Bilbao, Kepa Arrizabalaga dengan nilai £72 juta.

Nilai yang sekaligus menjadikannya sebagai penjaga gol termahal dunia bagi mengatasi rekod yang sebelum ini dipegang Alisson Becker (£65 juta).

Laporan sebelum ini mengatakan bahawa Arrizabalaga telah mengaktifkan klausa perlepasan bernilai £71.6 Juta untuk berhijrah ke Chelsea dan menurut sumber Goal, beliau menandatangani kontrak selama tujuh tahun.

Penjaga gol berusia 23 tahun itu gembira dengan kepercayaan yang diberikan The Blues terhadap dirinya.

”Ia merupakan keputusan yang sangat penting buat saya, untuk karier saya dan juga untuk kehidupan peribadi saya.”

”Terlalu banyak perkara yang menarik minat saya terhadap kelab ini. Semua kejuaraan yang telah dimenangi mereka, pemain yang lain, bandar ini, Liga Perdana Inggeris.”

”Saya sangat gembira Chelsea telah memilih untuk mempercayai saya dan juga membawa saya masuk ke dalam pasukan.”

Aksi menarik Kepa Arrizabalaga bersama Athletic Bilbao telah mendapat kepercayaan bagi beliau turut bersama-sama menyertai skuad kebangsaan Sepanyol pada saingan Piala Dunia di Rusia tempoh hari.

Dengan kehadiran penjaga gol baharu yang menggantikan Thibaut Courtois ini, ia menjadikan Arrizabalaga sebagai pemain Sepanyol keenam menyertai Chelsea selepas Cesar Azpilicueta, Marcos Alonso, Cesc Fabregas, Pedro dan Alvaro Morata.

Chelsea akan membuka tirai aksi Liga Perdana Inggeris pada Sabtu ini dengan kunjungan ke Huddersfield Town dan Kepa dijangka akan membuat penampilan sulungnya pada perlawanan tersebut.

Foto: Goal

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN