Segala amarah penyokong diarahkan kepada penyerang naturalisasi Harimau Malaya, Guilherme de Paula dan ia tidak kunjung padam sejak awal pagi Jumaat lalu.
Lenggok permainannya yang ‘malas’ menyebabkan penyokong marah. Malah menurut penganalisis bebas, Axello, jelas yang de Paula gagal beraksi dengan baik disebabkan pertama, beliau langsung tidak membuat pressing dan kedua, ketumpulannya.
Sistem permainan pengendali, Tan Cheng Hoe diketahui di mana penyerang utama adalah pemain pertama yang akan melakukan pressing. Namun, de Paula seolah-olah tidak memperdulikan perkara tersebut dan terus berjalan serta hanya berlari anak.
Bekas pemain tengah skuad kebangsaan, Khalid Ali menempelak kecaman terhadap de Paula. Katanya, “De Paula cara dia main memang begitu sebab dia penerima bola. Jadi apabila dia terima bola, dia nak kena ada sokongan atau bantuan, tapi tiada.”
#BHsukan Legenda bola sepak negara, Khalid Ali perjelaskan De Paula tidak mendapat sokongan sepenuhnya daripada rakan sepasukan tatkala Liridon seorang sahaja sebagai tengah menyeranghttps://t.co/TUlaw2m0jX
— Berita Harian (@bharianmy) June 4, 2021
“Pemain naturalisasi tidak memberi satu impak yang baik, tapi sebenarnya dia [de Paula] tiada sokongan sebab dia seorang di atas dan Liridon seorang sahaja sebagai tengah menyerang. Safawi Rasid pula tak dapat bermain dengan baik,” tegas Khalid Ali.
Ada benarnya juga apa yang diperkatakan olehnya. Sistem di jentera tengah negara dilihat rosak teruk. Langsung tiada tekanan kepada lawan, malah tiada juga hantaran ke depan yang dicipta oleh Nor Azam Azih, Syamer Kutty dan Liridon Krasniqi.
“Kita memberi peluang kepada UAE menunjukkan permainan yang baik sebab kita tak banyak menyerang dan mengasak. Jadi, mereka lebih banyak mengawal bola dan menunjukkan pasukan mereka lebih berkualiti,” tegasnya kepada Berita Harian.
Perkara yang sama dikongsikan oleh seorang pengguna Twitter, RimauXI. De Paula seperti yang diketahui adalah targetman atau poacher. Dan menurutnya, di dalam Malaysia, siapa penyerang tempatan yang mendahului carta penjaring terbanyak?
Targetman yang available untuk Tan Cheng Ho:
* Baddrol (bukan targetman)
* Hakimi (bukan targetman)
* de Paula pic.twitter.com/EFdNLzPg9h— RimauXI 🇲🇾 (@RimauXI) June 4, 2021
Setelah dikelaskan, dapat dilihat hanya de Paula merupakan pemain naturalisasi yang boleh dikelaskan sebagai targetman atau poacher dalam senarai tersebut. Baddrol Bakhtiar dan Hakimi Abdullah (4 gol) adalah pemain tengah dan sayap menyerang.
Sistem permainan Cheng Hoe bersama Kedah untuk posisi serangan pada awalnya adalah targetman, di mana selama dua musim beliau gagal mendapat penyerang sebegitu sebelum mengubah kepada peranan penyerang yang lebih kepada poacher.
Targetman atau poacher, seorang penyerang memerlukan hantaran kepadanya di jentera depan. Jika jentera tengah gagal menyediakannya, bukanlah salahnya jika gagal memberi prestasi baik. RimauXI menegaskan ini masalah sistemik liga kita.
Oleh itu, dengan hanya menyalahkan gaya permainan de Paula mungkin sedikit agak keterlaluan. Bak kata Cheng Hoe, keseluruhan pasukan tidak bermain dengan baik, jadi tidak wajar hanya mensasarkan kepada individu tertentu di dalam pasukan sahaja.
Mungkin kembalinya Brendan Gan akan membaiki jentera tengah Harimau Malaya. Kita memerlukan permainannya yang dinamik. Mungkin de Paula sekali lagi akan disandarkan harapan sebagai penyerang berdepan Vietnam. Apa pandangan anda?
Baca lagi artikel lain mengenai skuad kebangsaan:
Intipati Menarik Diskusi Clubhouse “Andai Saya TCH” Yang Perlu Anda Tahu
Kalah Kepada UAE, Pemain-Pemain Kacukan Harimau Malaya Akhirnya ‘Bersuara’
Projek Naturalisasi: Malaysia Terperangkap Antara Fantasi Dan Realiti?