Kenapa Wartawan UK Ini Kata Ronaldo Takkan Beraksi Dalam Saingan ACL Tahun Ini?

Penyerang sensasi dunia, Cristiano Ronaldo secara rasminya sudah pun menyertai salah satu pasukan gergasi di Arab Saudi iaitu Al-Nassr dengan kontrak bernilai $200 juta.

Seperti diketahui, Ronaldo sebelum itu menyuarakan hasrat beliau untuk meneruskan aksi dalam saingan UEFA Champions League dengan menyertai mana-mana kelab di Eropah yang beraksi dalam kejohanan tersebut.

Namun, sesuatu mengejutkan selepas Ronaldo bersetuju untuk menyertai Al-Nassr dan buat pertama kali rekod beliau selaku pemain bola sepak profesional beraksi di benua Asia.

Kini, penyokong Asia jelas sangat teruja untuk melihat Ronaldo yang berkemungkinan akan bersama-sama Al-Nassr untuk menyertai kejohanan tertinggi di benua tersebut iaitu AFC Champions League (ACL).

Namun, penulis laman sukan terkenal Sport Bible iaitu Josh Lawless menyatakan hasrat untuk para penyokong melihat aksi Ronaldo dalam saingan ACL tahun ini mungkin tidak kesampaian.

Menurut penulis tersebut, Al-Nassr tidak layak untuk saingan tersebut kerana musim 2022/2022 pasukan tersebut menamatkan saingan di kedudukan ketiga dalam carta liga.

Walaupun begitu, sebenarnya Al-Nassr masih berpeluang untuk melayakkan diri selepas pasukan tersebut masih lagi mempunyai kejuaraan piala peringkat domestik untuk menempah tiket ke saingan itu.

Antaranya ialah kejohanan King Cup serta persaingan liga musim 2022/2023, setelah ada perubahan format baharu untuk saingan ACL pada tahun ini.

Pengesahan tarikh baharu saingan ACL juga sebenarnya telah dimaklumkan lebih awal sejak bulan Ogos tahun lalu dengan menyatakan kejohanan tersebut bakal berlangsung pada bulan Ogos musim ini untuk aksi kelayakan.

Tambahan pula, saingan liga di sana untuk musim 2021/2022 telah pun tamat dan aksi musim 2022/2023 telah pun berlangsung dengan dua pasukan juara liga akan diwakili Arab Saudi.

Maka peluang untuk Ronaldo tampil membuat kemunculan dalam saingan ACL lebih tinggi dan para penyokong di Asia Tenggara pastinya tidak sabar melihat kelibat beliau.

Apa tidaknya, Ronaldo sebelum itu hanya beraksi di pentas tertinggi Eropah dan kini ianya direalisasikan oleh Al-Nassr untuk membawa pemain tersebut bermain untuk Asia.

Selain menjadi pemain untuk Al-Nassr, Ronaldo juga bertindak sebagai duta untuk Arab Saudi membuat bidaan Piala Dunia pada tahun 2030.

Kesimpulannya, penulis Sport Bible ini tidak mengkaji format baharu kejohanan ACL kali ini serta mengambil keputusan mudah untuk menyatakan pemain tersebut tidak layak bermain kerana kedudukan liga musim lalu.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN