Kenapa Tony Nwakaeme Mampu Jadi Komponen Penting Buat Sri Pahang?

Sri Pahang dilaporkan mungkin akan menandatangani penyerang import baharu mereka untuk memperkukuhkan terus jentera hadapan pasukan tersebut musim ini dalam aksi Liga Malaysia (Liga M).

Pemain yang dilaporkan itu merupakan adik kepada bekas penyerang legenda mereka pada suatu ketika iaitu Tony Nwakaeme dan beraksi di posisi penyerang utama.

Sebelum itu, Sri Pahang pernah mendapat khidmat Dickson Nwakaeme yang boleh dianggap cukup profilik di posisi utama serangan mereka terutama daripada segi kekuatan fizikal sehingga mendapat gelaran ‘orang besi’.

Sepanjang karier beliau bersama Tok Gajah, Dickson telah merekodkan 21 penampilan bersama sembilan gol serta dua bantuan jaringan dan mendapat reaksi cukup positif dalam kalangan peminat.

Kali ini, Dickson sendiri dilaporkan bakal membawa adiknya iaitu Tony Nwakaeme untuk merasai pengalaman pertama kali beraksi di Malaysia bersama Sri Pahang.

Ianya dinyatakan sendiri oleh Dickson menerusi media sosial milik beliau beberapa hari lalu dengan mengatakan dirinya bersama Tony untuk ke Pahang.

Walaupun masih belum mendapat sebarang pendedahan rasmi daripada laman pasukan itu, ianya boleh dianggap cukup menarik jika Sri Pahang mampu menandatangani khidmat Tony.

Tidak seperti abangnya, Tony mempunya perjalanan karier lebih menarik di pentas bola sepak antarabangsa apabila dirinya turut pernah beraksi dalam Europa League bersama Hapoel Beer Sheva dan Trabzonspor sebanyak 16 perlawanan secara keseluruhan.

Malah, Tony turut menjaringkan gol dalam saingan itu ketika menentang pasukan handalan seperti Inter Milan, Besiktas, Viktoria Plzen, serta Krasnodar untuk membuktikan dirinya berbisa walau di pentas elit Eropah.

Secara keseluruhan, Tony sudah pun menghasilkan 136 jaringan bersama 94 bantuan gol daripada 442 penampilan beliau dalam dunia bola sepak profesional.

Menerusi pengalaman dimiliki Tony sebelum itu, maka ia boleh dianggap sebagai aset terbaik buat Sri Pahang untuk menggunakan kepakarannya membantu penyerang muda tempatan lain di atas padang.

Malah, rekod jaringan lalu beliau juga boleh dianggap cukup menyakinkan buat bekas penyerang kebangsaan Nigeria ini untuk menabur bakti bersama Tok Gajah.

Setakat ini, Tok Gajah hanya memiliki dua penyerang tulen import dari Ukraine dan Liberia iaitu Mykola Ahapov dan Kpah Sherman, serta jika Tony benar-benar menyertai mereka, ia akan menjadi suatu percaturan menarik buat Fandi Ahmad musim ini dalam saingan Liga Super.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN