“Kenapa Tak Panggil Lembu?” – Penyokong Harimau Malaya Bingung Dengan Pemilihan De Paula

Kim Pan Gon Lembu De Paula

Sejak permulaan musim ini, kelibat Guilherme de Paula langsung tidak kelihatan di atas padang. Pemain naturalisasi negara itu tidak beraksi dalam lima perlawanan Liga Super, dua perlawanan Piala FA dan enam perlawanan Liga Juara-Juara AFC (ACL) yang melibatkan pasukannya Johor Darul Ta’zim (JDT).

Tapi apabila namanya termasuk dalam 29 nama pemain yang tersenarai untuk menjalani latihan pusat skuad Harimau Malaya untuk persiapan menghadapi pusingan akhir Kelayakan Piala Asia 2023, bingung kepala memikirkannya.

Selepas rakyat Malaysia mula meletakkan harapan tinggi kepada era baharu skuad kebangsaan di bawah kendalian Kim Pan-gon, pengumuman terbaharu pengendali dari Korea Selatan ini bagai menghempas kaca ke batu.

Forensik Audit ‘Mat Kosong’ Kim Pan-gon Yang Ibarat Mengundang Gerimis

Jika bukan minit permainan yang menjadi kriteria utama dalam pemilihan, apakah sebenarnya kritieria yang diambil kira oleh barisan kejurulatihan skuad kebangsaan yang jumlah keseluruhannya tidak sedikit itu?

Jika mahu memanggil pemain di usia ‘senja’ untuk menagih pengalaman mereka, peminat mungkin boleh faham jika yang tersenarai itu adalah pemain yang berada pada prestasi terbaik serta mempunyai minit yang memberangsangkan seperti Amri Yahyah, Zaquan Adha dan Norshahrul Idlan Talaha.

Dalam sidang media tempoh hari, Pan-gon yang cuba untuk memberi justifikasi kepada keputusannya mendakwa beliau mahu lihat sendiri De Paula beraksi di hadapan matanya sendiri.

Statistik Sendu Guilherme De Paula Undang Gelaran ‘Master Of Jogging’

Apakah teknologi yang ada pada hari ini tidak cukup untuk beliau lihat kesemua aksi De Paula sama ada bersama kelab mahupun skuad kebangsaan dalam beberapa tahun kebelakangan ini? Segalanya sudah tentu dalam dalam simpanan FAM dan MFL.

Kesimpulannya gagal. Terimalah hakikat bahawa keputusan untuk menaturalisasikan De Paula dan menyerapnya ke dalam skuad kebangsaan adalah projek yang gagal.

Apa perlunya Pan-gon melantik pembantu yang mempunyai kepakaran dari segi scouting dan stastistik jika pemain yang langsung tidak beraksi pada musim ini yang dipanggil?

Jika alasannya ‘mahu memberi peluang’, adakah pemain-pemain lain yang sedang ‘on-form’ di liga tempatan kita seperti Zhafri Yahya, Nurshamil Abd Ghani dan S. Kumaahran tidak layak untuk diberi peluang berada pada senarai 29 pemain itu?

[VIDEO]: Lihat Gol Ikonik Di Canio Yang Dilakar Semula Zhafri Yahya Ke Gawang Penang

Ini merupakan persoalan-persoalan yang sedang bermain di kepala seluruh rakyat Malaysia ketika ini. Sebutlah apa alasan sekalipun, hakikatnya ia sukar untuk diterima oleh logik akal.

Albert Einstein pernah berpesan, belajar dari semalam, hidup untuk hari ini, berharap untuk hari esok. Tapi sepertinya Pan-gon dan barisan kejurulatihannya tidak belajar daripada kesilapan lalu.

Pada akhirnya, renungkan semula pesanan Buya Hamka. Kalau hidup sekadar hidup, babi di hutan juga hidup. Kalau kerja sekadar kerja, kerbau di sawah juga bekerja.

Kalau statistik atas padang, minit permainan, prestasi semasa dan apa sahaja yang sepatutnya menjadi kriteria utama pemilihan pemain tidak terpakai, kenapa tak panggil sahaja lembu? Lembu atas padang pun bekerja.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN