‘Kenapa Tak Dahulukan Guru?’ – Pemberian Awal Vaksin Kepada Pegawai Tertinggi FAM Dipertikai

Vaksin FAM

Penerimaan awal vaksin COVID-19 oleh 39 orang pemain skuad kebangsaan serta pegawai Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) menjadi isu hangat yang dibincangkan dalam media sosial.

Bagi menjawab pertikaian dan kecaman segelintir pihak, Setiausaha Agung FAM, Stuart Ramalingam dalam kenyataannya kepada Bernama menegaskan program imunisasi tersebut telah mendapat kelulusan daripada pihak berwajib dan tidak memotong giliran.

“Saya tidak ingin memberikan komen yang panjang tetapi kita dapat kelulusan dan telah mengikut proses yang sempurna,” katanya dalam temubual bersama Bernama di Wisma FAM.

Ujar Stuart, suntikan vaksin kepada skuad Harimau Malaya bukan sahaja menghilangkan kebimbangan pemain serta pegawai dari sudut kesihatan, malah membina keyakinan skuad bimbingan Tan Cheng Hoe dalam usaha mencipta sejarah layak ke pusingan akhir Piala Asia 2023.

Seramai 78 individu terdiri daripada pemain dan pegawai termasuk pegawai tertinggi FAM mula menerima suntikan dos pertama vaksin berkenaan menjelang kempen Kelayakan Piala Dunia 2022/ Piala Asia 2023 di Emiriah Arab Bersatu (UAE) pada Jun depan.

Namun persoalan dan pertikaian yang dibangkitkan bukanlah mengenai pemberian vaksin kepada pemain dan jurulatih skuad kebangsaan, tetapi penerimaan vaksin oleh pegawai tertinggi FAM.

Sedangkan terdapat golongan lain di negara ini yang jauh lebih memerlukan seperti pendidik, warga emas dan orang kelainan upaya (OKU).

Peningkatan mendadak kes jangkitan melibatkan sektor pendidikan telah membuatkan masyarakat mula mempersoalkan perancangan kerajaan yang tidak meletakkan guru dan kakitangan di sekolah sebagai kumpulan awal penerima vaksin.

Maka tidak hairanlah sekiranya netizen mempersoalkan kewajaran untuk pegawai tertinggi FAM menerima vaksin dalam keadaan sebanyak 83 kluster  dengan 4,868 kes positif Covid-19 melibatkan sektor pendidikan seluruh negara sepanjang tahun 2021..

Seramai 264 atlet dan pegawai mewakili negara ke kejohanan antarabangsa dalam misi melayakkan diri ke Sukan Olimpik dan Sukan Paralimpik di Tokyo telah menerima suntikan vaksin COVID-19 pada 13 April lalu.

Mereka merupakan kumpulan pertama daripada keseluruhan 4,000 atlet dan pegawai dalam senarai Kementerian Belia dan Sukan (KBS) untuk diberikan keutamaan sebagai penerima vaksin dalam Program lmunisasi COVID-19 Kebangsaan Fasa pertama.

Kredit Foto: FAM

Page Semuanya BOLA yang lama kini sedang menghadapi masalah. Jadi untuk terus membaca artikel-artikel menarik dan berkualiti, jangan lupa like dan follow page baharu Semuanya BOLA (fb.com/semuanyabolaofficial) dan siaran Telegram (t.me/mysemuanyabola).

Baca juga artikel kami yang lain mengenai perkembangan bola sepak tempatan:

Saddil Ramdani Akan Terus Jadi Sandaran Sabah Gempur Selangor?

Stuart Ramalingam Puji Inovasi Dan Pengurusan Cemerlang Kerteh FC

Liga Super Mungkin Jadi Destinasi Seterusnya Buat Skuad Projek FAM-MSN

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN