Kenapa Sulaiman Hussin Calon Sesuai Selaku Jurulatih Baharu Penang?

Mourinho: 'We all know we were the better team' Loading official content
Mourinho: 'We all know we were the better team'
Fenerbahce manager Jose Mourinho reflects on his sides Europa League defeat to Rangers after the Turkish giants lost on penalties, with Mourinho stating that the best side lost.
0 seconds of 1 minute, 16 secondsVolume 0%
Press shift question mark to access a list of keyboard shortcuts
Next Up
Isak's Carabao Cup goals against Arsenal and Chelsea
01:23
00:00
01:16
01:16
 
Teruskan Menonton
Video Seterusnya Isak's Carabao Cup goals against Arsenal and Chelsea Pitchside Angle: Matías Mier’s goal vs Malut United Postecoglou: Spurs' strong response secures 3-1 victory over Alkmaar Amorim on Bruno Fernandes: 'We need to help him to win titles' Joshua Kimmich extends his Bayern contract Maresca happy for streak and confident in two players ready for the 'final sprint' Mourinho: 'We are not at a disadvantage despite losing 3-1 to Rangers' Behind the scenes: PSG's magical night at Anfield Courtois: 'I'm tired of teams crying about refereeing decisions' Vicario: 'We face this kind of pressure every week' Rodri returns to the training pitch Pitchside Angle: Kei Hirose scores a decisive goal at Dewa United Bayern's new anthem – goosebumps at the Allianz Arena Minamino scores again for Monaco in draw against Toulouse Lihat lebih video Hayters - Pressbox di OneFootball

Ketika ini persoalan timbul dalam kalangan peminat mengenai calon jurulatih baharu Penang, selepas ada laporan menyatakan Akmal Rizal Ahmad Rakhli digantikan seketika oleh Merzagua Abderrazak.

Namun daripada beberapa laporan di media sosial, Merzagua hanya bertindak selaku jurulatih sementara sahaja sebelum Penang mendapatkan calon baharu untuk mengubah nasib kelab berkenaan.

Prestasi Penang kini boleh dianggap cukup mengecewakan selepas mereka gagal memperoleh sebarang kemenangan, setelah mengharungi enam perlawanan Liga Super musim 2024/2025 berturut-turut.

Malah, pasukan itu juga sendu tanpa sebarang mata selepas mengharungi tiga perlawanan ketika berdepan Kuala Lumpur City, Sri Pahang, serta Sabah.

Paling mengecewakan, sudah tentu ketika mereka dibelasah Sabah menerusi keputusan 0-4 bersama aksi cukup mengecewakan, dan ia merupakan aksi sulung buat Merzagua selaku pengendali sementara.

Jika dilihat pada senarai barisan pemain Penang, sepatutnya pasukan ini tidak menghadapi banyak masalah sekurangnya untuk memberi cabaran kepada kelab-kelab lain dalam Malaysia.

Mereka mempunyai beberapa tonggak kebangsaan, sekelompok pemain muda berbakat besar, serta kehadiran import yang dianggap berkualiti seperti Richmond Ankrah serta Dylan Wenzer-Halls.

Melihat kepada calon semasa bersesuaian selaku jurulatih utama Penang, kami melihat Sulaiman Hussin memiliki ciri-ciri diperlukan pasukan tersebut sekurangnya untuk kembali bangkit daripada kekecewaan.

Nama Sulaiman tidak asing lagi dalam arena bola sepak tempatan, selepas kejayaan beliau suatu ketika melahirkan ramai bakat-bakat muda berpotensi tinggi ketika mengendalikan UKM FC.

Asnan Ahmad dan Akmal Zahir antara pemain yang berjaya dibangunkan jurulatih itu pada suatu ketika untuk terus kekal relevan dalam persaingan Liga Malaysia (Liga M).

Harus diingat, Sulaiman antara jurulatih yang terbukti berjaya walaupun tanpa nama-nama besar dalam pasukan dengan beliau lebih banyak menumpukan barisan anak-anak muda.

Sentuhan beliau bersama Irfan Bakti juga berjaya memastikan Kuching City buat pertama kali dalam sejarah mereka melayakkan diri ke saingan Liga Super pada tahun lalu.

Melihat kepada senarai pemain muda dimiliki Penang ketika ini yang banyak menghiasi pasukan utama, mungkin ia peluang buat mereka untuk menyerlah bawah kendalian Sulaiman, selain rekod semasa kelab itu juga mungkin mampu berubah.

Penang juga tidak perlu berbelanja besar atau mengambil risiko kini untuk mendapatkan tenaga luar, dengan Sulaiman dianggap sebagai pilihan terbaik untuk cuba membuktikan sesuatu terlebih dahulu di pentad Liga M.

Pandangan anda?

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN