Kenapa Ronaldo Masih Tidak Dapat Beraksi Bersama Al-Nassr?

Bintang bola sepak dunia, Cristiano Ronaldo secara rasminya sudah pun menyertai pasukan baharunya yang berpangkalan di Arab Saudi iaitu Al-Nassr.

Ronaldo telah pun mengikat kontrak bersama kelab tersebut sehingga musim panas 2025 bersama nilai gaji sebanyak $75 juta setiap tahun.

“Saya sangat teruja untuk rasai pengalaman baharu dalam bidang bola sepak di setiap negara yang berbeza.

“Menerusi visi yang diterapkan oleh Al-Nassr dan perkembangan mereka di Arab Saudi untuk bola sepak lelaki dan wanita sangat memberi inspirasi.

“Kita boleh tengok contoh prestasi semasa skuad kebangsaan Arab Saudi yang negara ini mempunyai cita-cita besar dalam bola sepak dan mempunyai potensi terbaik,” ujar Ronaldo dengan bersemangat.

Ketika ini, tumpuan penuh telah pun diberikan oleh para penyokong untuk melihat aksi penyerang kelahiran Portugal tersebut mencipta penampilan sulung bersama kelab itu.

Namun, dikhabarkan Ronaldo mungkin tidak akan mencipta penampilan sulung beliau pada masa terdekat atas suatu faktor yang menghalang pemain itu beraksi buat pertama kali di Asia.

Menurut Sportbible, Ronaldo tidak dapat beraksi buat pertama kali ketika ini kerana peraturan Saudi Pro League hanya membenarkan lapan orang sahaja pemain luar didaftarkan secara rasmi.

Sehingga kini, Al-Nassr sudah pun mempunyai sembilan pemain bukan warga tempatan yang didaftarkan dan Ronaldo tidak dapat didaftarkan lagi bersama pasukan.

Lapan pemain tersebut ialah David Ospina, Ghislain Konan, Pity Martinez, Vincent Aboubakar, Luiz Gustavo, Alvaro Gonzalez, Talisca, dan Jaloliddin Masharipov.

Untuk itu, salah seorang daripada mereka dijangka bakal digugurkan oleh kelab untuk memberi laluan kepada Ronaldo beraksi bersama kelab pada masa akan datang.

Dijangka Masharipov menjadi calon utama yang akan diketepikan kelab, setelah beliau sebelum itu menyerahkan jersi nombor 7 yanh dipakainya kepada Ronaldo.

Menurut laporan, pemain dari Uzbekistan itu bakal menyertai kelab baharunya nanti iaitu Al Ahly yang berpangkalan di Mesir.

Selain faktor tidak dapat didaftarkan bersama Al-Nassr kerana isu tersebut, Ronaldo sendiri perlu menjalani hukuman penggantungan dua perlawanan kerana tindakannya sebelum itu yang menampar telefon seorang kanak-kanak di Old Trafford.

Sumber:
Sports Bible

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN