Kenapa Romel Morales Bakal Jadi Aset Sangat Berharga Buat Harimau Malaya?

Penyerang berbisa Kuala Lumpur City (KL City) iaitu Romel Morales dinyatakan kini semakin pasti untuk menjadi pemain naturalisasi terbaharu negara dan berkemungkinan akan menyertai Malaysia ke pentas saingan Piala Asia di Qatar.

Kenyataan itu didedahkan sendiri sebelum itu oleh pemilik kelab Johor Darul Ta’zim (JDT), Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Johor (TMJ) dengan menyatakan Morales bakal mewakili skuad kebangsaan ke pentas Asia di Instagram.

Nama Morales bukan lagi suatu yang asing buat bola sepak negara, selepas pemain tersebut memulakan karier di sini sejak tahun 2018 bersama PKNS.

Pemain dari Columbia itu boleh dianggap sangat unik, kerana awal pembabitan kariernya dalam saingan Liga Super beliau lebih banyak beraksi di posisi tengah menyerang.

Malah musim ini juga menyaksikan Morales tidak hanya tertumpu selaku penyerang utama KL City, malah beliau telah beraksi di empat lagi posisi mengikut kesesuaian taktikal diletakkan oleh jurulatih pasukan.

Secara dominan, Morales telah pun beraksi sebagai penyerang utama KL City selain sebagai pemain sayap kiri, tengah menyerang, serta di bahagian tengah.

Ini kerana pemain berusia 26 tahun itu bukan sahaja memiliki aspek penyudah yang berkualiti, sebaliknya sangat kreatif melancarkan serangan serta mempunyai visi cukup tinggi untuk memulakan pergerakan.

Musim ini menyaksikan Morales sudah pun menghasilkan 11 gol secara keseluruhan buat KL City daripada 26 perlawanan bagi semua saingan peringkat domestik selain satu bantuan jaringan turut dicatat beliau.

Jika benar proses naturalisasi Morales semakin menemui titik penyudah yang sempurna, beliau mampu menjadi aset cukup penting buat Kim Pan-gon di pentas antarabangsa.

Berdasarkan kelebihan dimiliki pemain ini, Pan-gon dapat menggunakan kreativiti Morales di bahagian tengah menyerang, atau menjadikan beliau sebagai pasangan kepada Darren Lok selaku penggempur utama negara.

Apapun, pengesahan rasmi masih lagi belum dikeluarkan dengan pemain ini juga dilaporkan berkemungkinan besar akan meninggalkan KL City untuk saingan musim depan.

Ura-ura semasa melaporkan Morales bakal menyertai JDT pada musim depan dengan bayangan telah pun diberikan oleh TMJ sebelum ini.

Namun, laporan juga menyatakan Selangor turut menyimpan minat mereka untuk mendapatkan khidmat Morales demi memperkukuhkan lagi aspek serangan pasukan masa hadapan.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN