Kenapa Presiden KDN Tak Wajar Letak Kesalahan Penuh Buat Kejurulatihan Kelab?

Kelantan Darul Naim (KDN) tampaknya sudah pun mengeluarkan amaran awal mereka kepada staf kejurulatihan selepas pasukan tersebut gagal untuk meraih sebarang keputusan positif ketika ini di pentas domestik.

KDN menjadi antara pasukan yang membuat rombakan cukup besar pada awal musim 2024/2025 dengan perubahan pemain-pemain baharu ditandatangani termasuk pengendali utama.

Walaupun begitu, keputusan akhir ditampilkan mereka ketika ini boleh dianggap cukup negatif kerana KDN mencipta tiga kekalahan berturut-turut termasuk tersingkir awal di persaingan Piala FA musim ini.

Bermula dengan siri kekalahan dalam aksi Liga Super kepada Sri Pahang, sehingga pasukan itu turut diaibkan oleh Johor Darul Ta’zim (JDT) pada saingan Piala FA lalu.

Disebabkan itu, YB Rozi Muhamad selaku Presiden KDN memberi peringatan buat Park Jaehong yang bertindak sebagai pengendali utama serta staf kejurulatihan lain untuk meningkatkan prestasi.

“KDN FC memandang serius keputusan setiap perlawanan dimana kami telah kalah tiga kali dalam saingan Liga Super serta disingkirkan dalam pusingan 16 Piala FA”.

“Bagi saya, sudah cukup untuk pihak jurulatih belajar dengan perlawanan sebelum ini. Mereka tentu sudah tahu apa kesilapan dan kelemahan pemain. Jadi, tiada lagi alasan selain mencatatkan kejayaan keatas PDRM FC”

“Pihak kelab juga tidak mampu lagi untuk berkompromi kerana ini adalah perlawanan kelima, seharusnya tidak perlu lagi alasan kenapa gagal,” ulas beliau di media rasmi KDN.

Persoalan kini, apakah bentuk tindakan tegas jika Park masih gagal meraih keputusan positif berdepan PDRM?

Pada pandangan kami di Semuanya BOLA, adalah tidak logik ketika ini untuk terus meletakkan kesalahan khas buat para kejurulatihan asbab kegagalan mereka kini.

Menerusi lawan dihadapi KDN sebelum ini, mereka mencipta kekalahan kepada pasukan elit seperti Sri Pahang, Sabah, Terengganu, serta JDT yang berada pada kedudukan terbaik musim lalu serta memiliki barisan pemain lebih berkualiti.

Apatah lagi, Park menjadi antara jurulatih yang dibawa masuk tatkala persaingan liga bakal bermula dan persiapannya jelas tidak cukup untuk dirinya mengenali lebih awal para pemain dan terapan taktikal mana sesuai dibawa kepada KDN.

Mungkin Rozi Muhamad sepatutnya memberi amaran kepada pengurusan pasukan dahulu yang lambat bertindak untuk melantik jurulatih kelab atau menilai semula kualiti para pemain dimiliki.

Lambakan pemain import tidak menggambarkan kualiti terbaik buat pasukan itu untuk menghadapi pasukan elit seperti disebut di atas.

Tatkala Park belum memulakan tugas atau diikat lebih awal oleh KDN, pasukan tersebut lebih awal menandatangani lambakan pemain import dari Korea Selatan yang hadir dengan rekod cukup menggusarkan.

Apatah lagi amaran tersebut juga dikeluarkan pada hari perlawanan yang mungkin akan memberi kesan motivasi buat staf kejurulatihan yang membacanya.

Di kemudian hari jika Park diberi hukuman, adakah keputusan perlawanan akan mampu untuk berubah lebih baik dengan kualiti pemain sedia ada?

Atau, mungkin Rozi Muhamad akan terus menuding jari kepada individu yang tidak bersalah sehingga akhirnya pasukan itu dihancurkan sendiri oleh mereka sepatutnya diberi penegasan lebih awal?

Pandangan anda?

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN