“Kenapa Perlu Saya Bazirkan Duit Dan Belanjakan Wang Di Negara Asing?” – TMJ

Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim sekali lagi memberikan bayangan untuk mengambil alih kelab La Liga, Valencia CF.

TMJ sebelum ini menjadi tumpuan media di dalam negara dan antarabangsa selepas muat naik Instagram Story baginda sebelum ini memberi bayangan kemungkinan untuk memiliki kelab tersebut.

Sebelum ini, mungkin Los Ches tidak mengenali langsung siapa TMJ. Tetapi selepas pemilik JDT itu mendedahkan hasrat tersebut melalui akaun Instagram peribadinya, nama ‘Johor’ muncul dalam 42 artikel dari pelbagai agensi media Sepanyol dalam masa 24 jam.

Terbaru melalui ciapan di akaun Twitter peribadi baginda, TMJ turut memberi indikasi sama.

“Pertama, saya bukan seorang ahli perniagaan. Mengapa perlu saya membazir wang dan membelanjakan ia di negara asing. Jika saya melakukannya, ia adalah kerana cabaran dan juga projek yang saya percaya boleh dlakukan,” tulis TMJ di ciapan tersebut.

“Semangat sejati, kerana kecintaan terhadap sukan ini, dan kesungguhan sebenar. Tiada unsur politik, tiada perkara mengarut.

Ini bukan satu-satunya ciapan oleh TMJ mengenai pengambilalihan tersebut. Beberapa jam sebelum itu beberapa ciapan dari baginda turut menarik perhatian ramai.

“Saya mempunyai ramai kawan dalam bola sepak. Tetapi tiada siapa yang mengetahui pelan dan niat saya. Orang pertama yang akan tahu ialah pasukan saya, dan juga penyokong. Penyokong berhak tahu kerana kelab ini milik anda. Saya boleh memiliki pegangan, tetapi kelab tetap milik penyokong. Saya hanya sekadar sebagai penjaga.

“Ia adalah pendapat peribadi dan mengenai prinsip, terutama sebagai orang asing dan jika saya memiliki pegangan. Tanggungjawab saya ialah untuk memastikan kelab ini memberikan cabaran pada tahap terbaik kerana kelab ini kaya denga sejarah dan patut berada di kedudukan sepatutnya, agar rakyat di bandar ini boleh rasa bangga.”

Walaupun di setiap ciapan tersebut TMJ tidak merujuk kepada mana-mana kelab, ia jelas berkaitan rapat dengan keinginan beliau untuk mengembangkan sayap pelaburan ke Valencia.

Kali pertama timbul spekualasi  TMJ berminat  untuk menjadikan Valencia sebahagian daripada empayar bola sepaknya adalah pada 2019 di mana beliau dilihat mengadakan pertemuan dengan Peter Lim di sebuah restoran terkemuka di Turin. Namun spekulasi tersebut tidak sekencang seperti khabar yang bertiup seperti hari ini.

Sekiranya pengambil alihan Valencia itu menjadi kenyataan, beliau akan mengikut jejak beberapa ahli perniagaan di negara ini yang memegang pemilikan kelab di Eropah seperti  Tan Sri Vincent Tan (Cardiff City, KV Kortrijk), dan Tan Sri Tony Fernandes (Queen Park Rangers).

Adakah ciapan terkini dari TMJ ini memberi indikasi pengambilalihan tersebut akan berlaku dalam masa terdekat?

Page Semuanya BOLA yang lama kini sedang menghadapi masalah. Jadi untuk terus membaca artikel-artikel menarik dan berkualiti, jangan lupa like dan follow page baharu Semuanya BOLA (fb.com/semuanyabolaofficial) dan siaran Telegram (t.me/mysemuanyabola).

Baca juga artikel kami yang lain mengenai TMJ:

TMJ: Kerja Naik Taraf Padang Stadium Sultan Ibrahim Berjalan Lancar

TMJ, JDT Jadi Sumber Inspirasi Buat Kelab Indonesia Ini

PFAM: Sikap Prihatin Bukti TMJ Komited Jaga Hak Pemain

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN