Liverpool secara rasminya sudah pun tersingkir dalam saingan UEFA Champions League (UCL) pusingan 16 terbaik selepas mereka disingkirkan oleh Real Madrid menerusi keputusan agregat 2-6
Dalam aksi tersebut, Liverpool gagal untuk mencipta kebangkitan selepas mereka tewas dengan satu jaringan tunggal daripada penyerang sensasi Real iaitu Karim Benzema pada minit ke-78.
We exit the Champions League. pic.twitter.com/wdeQogL9bi
— Liverpool FC (@LFC) March 15, 2023
Walaupun ada beberapa rombakan dibuat dalam kesebelasan utama, The Reds gagal untuk memberi saingan lebih positif, dan posisi serangan sekali lagi dipertikaikan ketajamannya.
Menerusi agregat 2-6, jelas skuad kendalian Jurgen Klopp sudah pun terlepas untuk merebut satu lagi kejuaraan di peringkat antarabangsa dan pulang dengan serba tidak menyakinkan.
Sesuatu yang diharapkan oleh segelintir penyokong Liverpool mengenai magis dicipta oleh pasukan tersebut juga tidak menjadi kenyataan, malah ada beberapa keputusan dibuat oleh pengendali kelab, Klopp menimbulkan rasa kurang senang buat mereka.
Menurut Liverpool Echo, antara yang dipersoalkan ialah mengenai isu penggantian para pemain yang dibuat oleh Klopp jelas tidak memberi kesan positif buat pasukan di atas padang untuk menghadapi lawan.
Pada perlawanan tersebut, Klopp telah mempertaruhkan empat pemain serangan beliau iaitu Darwin Nunez, Diogo Jota, Cody Gakpo, dan Mohamed Salah untuk memburu gol buat The Reds.
Pada awalnya, Nunez bersama rakan sepasukan lain beraksi dengan sangat bagus untuk mencipta seberapa peluang menarik, namun gagal menembusi benteng pertahanan lawan.
Menyedari beberapa kelemahan dikesan, Klopp telah membuat tindakan untuk menggantikan pemain baharu yang salah satunya mendapat kritikan hebat daripada penyokong di media sosial.
Dua pertukaran dibuat Klopp ketika itu ialah dengan memasukkan Harvey Elliot dan Roberto Firmino untuk mengeluarkan Darwin Nunez serta Diogo Jota.
Kemasukkan Elliot jelas bukan sesuatu yang dianggap bagus oleh penyokong selepas Klopp mengeluarkan Nunez, kerana pandangan penyokong menyatakan Liverpool sudah kehilangan satu pemain ancaman besar di hadapan gol.
“Keluarnya Nunez sudah pun membunuh Liverpool sebenarnya, kerana walaupun dia tidak beraksi dengan begitu baik, sekurangnya dia sentiasa memberi ancaman besar menerusi kepantasan dimiliki untuk pertahanan lawan,” jelas PaulJewell96 di Twitter.
Jürgen Klopp offered an honest assessment of his side's performance after being eliminated from the Champions League.
— Liverpool FC (@LFC) March 15, 2023
“Mengecewakan, tidak ada sesiapa yang positif pada perlawanan ini. Klopp keluarkan Nunez untuk digantikan kepada Elliot dan Firmino? Keluarkan Milner, dia sangat menjengkelkan!,” tambah lastuchihax.
“Klopp dan keputusannya mengenai pertukaran pemain sekali lagi curi tumpuan. Nampaknya dia sudah berikan kesetiaan kepada Elliot dan lain-lain.
“Saya rasa dia patut masukkan sebagai pemain permulaan untuk gantikan Milner, dan Nunez tak sepatutnya tidak perlu ada ketika kita memerlukan gol,” ulas yaaboyojc.