Kenapa Penyokong Kedah Perlu Bersyukur Akan Kualiti Semasa Milos Gordic?

Nama penyerang import Kedah Darul Aman (Kedah) iaitu Milos Gordic menjadi antara pertikaian ramai peminat Sang Kenari ketika ini selepas beliau tampil sedikit tumpul pada awal permulaan Liga Malaysia (Liga M) musim 2024/2025.

Apa tidaknya, selepas mengharungi beberapa perlawanan domestik musim ini, statistik semasa ditampilkan oleh Milos masih belum memenuhi piawaian diinginkan oleh para peminat.

Malah, perlawanan terbaharu membabitkan Milos bersama Kedah ketika menentang Kuching City juga dianggap masih belum memuaskan sehingga beberapa kritikan keras dilontarkan di media sosial.

Untuk ketika ini, penyerang dari Serbia itu sudah pun beraksi sebanyak sembilan perlawanan secara keseluruhan dan merekodkan satu gol bersama satu bantuan jaringan.

Melihat kepada statistik tersebut, tidak hairan mengapa nama pemain berusia 31 tahun ini menjadi pertikaian ramai peminat yang menuntut perubahan positif daripada beliau.

Tetapi, penyokong Kedah juga sepatutnya bersyukur walaupun prestasi semasa Milos kurang memberi impak buat jentera serangan Kedah.

Kenapa?

Tanda harga lebih murah

Jika dibandingkan dengan beberapa lagi penyerang import lain di saingan Liga M, Milos boleh dianggap sangat murah kerana tanda harga semasa di Transfermarkt menyaksikan beliau hanya bernilai €125k sahaja.

Malah, penyokong Kedah patut lebih bersyukur kerana tanda harga penyerang Selangor iaitu Ronnie Fernandez jauh lebih mahal dengan nilai pasaran semasa sebanyak €450k juga menerusi perkongsian Transfermarkt.

Walaupun memiliki jurang jauh daripada segi tanda harga, namun kualiti permainan dipersembahkan kedua pemain ini lebih kurang sama sahaja dan itu menyebabkan penyokong Sang Kenari sewajarnya merasa syukur.

Walau dilanda badai masih kekal bersama

Milos menjadi antara pemain Sang Kenari yang kekal utuh bertahan bersama rakan sepasukan lain tatkala pasukan tersebut dilanda pelbagai isu.

Awal musim ini menyaksikan Kedah antara kelab yang mengalami isu kewangan dan beberapa laporan menyatakan isu tunggakan gaji kononnya turut kedengaran.

Namun, Milos bertindak untuk terus kekal bersama Sang Kenari jika dibandingkan pemain import pasukan lain ada yang sudah pun menamatkan kontrak lebih awal musim ini.

Tiada banyak pilihan pemain

Suka atau tidak, Kedah tidak memiliki kuantiti serta kualiti penyerang yang cukup untuk menggantikan khidmat Milos sebenarnya di atas padang.

Jika dilihat pada senarai pemain Kedah musim ini, pasukan tersebut hanya memiliki Syafiq Ahmad, Aiman Afif, Afeeq Iqmal, dan Ebenezer Assifuah sahaja yang mampu beroperasi selaku penyerang utama.

Namun, kualiti pemain disebutkan itu selain Syafiq serta Assifuah hanya lebih kurang sama sahaja seperti Milos jika dilihat pada keadaan semasa mereka.

Nafuzi tidak mampu mengambil lebih banyak risiko yang bakal menyebabkan percaturan beliau bersama pasukan akan menjadi lebih teruk berbanding sedia kala.

Suka atau tidak, penyokong Sang Kenari perlu menerima dengan hati terbuka mengenai situasi semasa Milos bersama Kedah.

Sekurangnya, mereka perlu bersabar sehingga ke jendela perpindahan kedua jika pasukan tersebut mempunyai perancangan untuk menggantikan khidmat beliau.

Sumber:
Foto: Aizat Fadziya

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN