Pemain muda Indonesia, Marselino Ferdinan kini secara rasminya sudah pun mengesahkan diri akan beraksi di Eropah buat pertama kali dalam saingan divisyen kedua Belgium.
Marselino kini bakal memulakan karier baharu beliau dalam dunia bola sepak profesional selepas dirinya diikat KMSK Deinze di Belgium dengan kontrak selama setahun dan diberi pilihan tambahan kontrak satu tahun lagi.
🆕 𝐈𝐧𝐭𝐞𝐫𝐧𝐚𝐭𝐢𝐨𝐧𝐚𝐥 𝐨𝐟𝐟𝐢𝐜𝐢𝐚𝐥 𝐬𝐡𝐢𝐫𝐭 𝐬𝐚𝐥𝐞 !
Want to order the official shirt of Marselino Ferdinan? From now on, we also ship internationally ! 🌍✈️

🟧 https://t.co/6DCkFK5ZGt

⬛️ https://t.co/ATkG9FKIss

⬜️ https://t.co/j4a2jcTpM6 pic.twitter.com/fXcAfXkTpM— KMSK Deinze (@KMSKDeinze) February 2, 2023
Menerusi pengesahan tersebut, Marselino kini turut mengikut jejak langkah pemain senior yang lain iaitu Pratama Arhan, Asnawi Mangkualam, dan Saddil Ramdani yang berhijrah ke luar negara untuk mengembangkan karier.
Pemerhati bola sepak Indonesia iaitu Aris Budi Sulistyo melihat perkembangan tersebut merupakan sesuatu yang baik kerana Indonesia dianggap tidak pernah terlepas dalam menghasilkan bakat-bakat baharu berkualiti.
Aris juga menyatakan setiap pemain yang berhijrah ke luar negara dapat mempelajari lebih banyak perkara seperti disiplin, sikap profesional dalam pasukan, serta penampilan diri sebelum bermain di atas padang.
Tambahan pula, beraksi di Belgium yang mempunyai antara saingan liga bola sepak terbaik di dunia ketika ini menerusi profesionalisme mereka.
Untuk masa hadapan, Aris juga percaya lebih ramai pemain muda lain turut bakal mendapat peluang seperti Marselino pada masa hadapan untuk beraksi di luar negara.
“Secara perlahan-lahan lebih ramai bakat baharu dapat diperkenalkan pada masa hadapan untuk mengikut jejak Marselino.
“Jelas ia merupakan perkembangan yang sangat baik dan memberi reaksi positif buat masa depan para pemain bola sepak di Indonesia.
“Setakat ini saya lihat kualiti bola sepak Indonesia tidak begitu berbeza dengan pemain di sana, apa yang membezakan hanya taktikal individu dan permainan berpasukan.
“Semoga Marselino dapat mempelajari bola sepak sebenar di Belgium selepas ini,” jelas beliau menerusi Bola.com.
Pada masa sama, Aris juga menasihati Marselino supaya jangan cepat berpuas hati dengan aksi yang dimiliki sekarang dan sentiasa beradaptasi untuk terus tampil lebih positif.
Pemain tersebut ketika ini sudah pun turun menjalani sesi latihan bersama rakan sepasukan di kelab baharunya dan mendapat reaksi positif daripada para penyokong.