Kenapa Park Jun-heong Dianggap Sangat Penting Buat JDT?

Johor Darul Ta’zim (JDT) nampaknya bakal meneruskan penguasaan mereka dalam dunia bola sepak domestik serta ingin terus memberi cabaran di pentas antarabangsa, dengan pemain import terbaharu mereka kini telah pun diperkenalkan.

Menerusi laman Johor Southern Tigers (JST) semalam, JDT berjaya menandatangani pemain import dari Korea Selatan iaitu Park Jun-heong untuk memperkukuhkan jentera pertahanan pasukan tersebut musim ini.

Terdahulu, nama pemain tersebut sudah pun dilaporkan bakal menyarung jersi JDT menerusi beberapa perkongsian telah dibuat di media sosial sejak beberapa bulan lalu.

Tampil selaku wakil Malaysia beraksi di kejohanan AFC Champeons League Elite (ACLE) musim ini, sudah tentu menjadi keutamaan JDT untuk mengukuhkan segenap aspek demi memberi persaingan sengit kepada pasukan lawan.

Untuk rekod, Park sebelum ini merupakan pemain yang beraksi di Thailand dalam saingan Thai League 1 bersama Ratchaburi FC selaku pertahanan tengah utama pasukan tersebut.

Park memulakan karier beliau suatu ketika bersama Pohang Steelers sebelum menyertai Offenbach dan Mainz 05 di Jerman dan kembali pada tahun 2009 ke Korea Selatan bagi mewakili Daegu FC.

Pemain berusia 31 tahun itu juga pernah berkelana di Portugal selama beberapa tahun dan menyertai pelbagai kelab di sana sebelum kembali ke Korea Selatan untuk menyertai Suwon Bluewings.

Karier beliau memuncak ketika menyarung jersi Kitchee FC di Hong Kong dengan beberapa kejuaraan berjaya diraih pemain tersebut dan buat pertama kali bermain di Asia Tenggara untuk menandatangani kontak bersama Ratchaburi FC.

JDT menjadi kelab pertama buat Park di Malaysia selepas beliau juga berkemungkinan akan turut bersaing di kejohanan ACLE jika dilihat daripada segi pengalaman dimiliki.

Aspek lain, Park juga memiliki keupayaan untuk beraksi di bahagian tengah bertahan dan memiliki fizikal cukup baik untuk memastikan benteng kelab lebih terjamin.

Melihat kepada laporan-laporan semasa di media sosial, berkemungkinan Park akan menggantikan khidmat Shane Lowry serta membentuk gandingan baharu bersama Jordi Amat.

Atau, beliau akan sentiasa digilirkan bersama pemain kebangsaan Indonesia itu untuk memastikan konsistensi pertahanan pasukan sentiasa mencapai tahap terbaik di setiap perlawanan diharungi.

Pada pandangan anda, adakah Park mampu untuk memberikan impak besar buat JDT pada musim ini bagi aksi peringkat domestik serta antarabangsa selaku pertahanan tengah berstatus import?

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN