Negeri Sembilan sah tersingkir di pusingan suku akhir Piala Malaysia 2022, setelah pasukan tersebut diketepikan oleh Selangor menerusi keputusan agregat 2-4, semalam.
Dalam aksi yang berlangsung di Stadium Tuanku Abdul Rahman (STAR), Paroi, pasukan tersebut jelas gagal untuk mencipta kebangkitan meskipun mencatat corak permainan lebih baik.
Dua jaringan penyamaan yang dilakar menerusi Matheus Alves dan Zaquan Adha gagal untuk membantu pasukan tuan rumah tampil mencipta kejutan di laman sendiri.
Tamat perlawanan. Skuad Jang seri 2-2 pada perlawanan menentang Selangor FC pada malam ini.
Skuad jang gagal layak ke separuh akhir dengan aggregate Negeri Sembilan FC 2-4 Selangor FC #SELNSE#NSFC#HobinJangHobin pic.twitter.com/W99aV6xPDS— Negeri Sembilan Football Club (@nsfc1923) November 12, 2022
Selangor pula, selepas ini mereka bakal membuat perhitungan seterusnya bersama lawan yang sangat konsisten dalam saingan Piala Malaysia 2022 iaitu Terengganu.
Selangor yang sebelum itu berkelebihan dua gol pada aksi lalu jelas tampil tanpa tekanan yang tinggi apabila keputusan seri di Paroi sudah cukup untuk mengesahkan tiket mereka ke separuh akhir.
Walaupun berkelebihan beraksi di laman sendiri, Negeri Sembilan gagal untuk tampil dengan lebih baik bagi mengatasi cabaran Selangor disebabkan beberapa faktor.
Tiada tonggak import lengkap
Tanpa kelibat Herold Goulon, Yashir Pinto,dan Gustavo Almeida jelas Negeri Sembilan tampil kurang menyengat, terutama sekali di posisi serangan mereka.
Gustavo yang sebelum itu cemerlang berpasangan bersama Matheus Alves telah diisi posisi beliau Zaquan Adha pada perlawanan semalam ketika menentang Selangor.
Walaupun Zaquan berjaya meledak gol, dari segi ancaman dan ketenangan di hadapan gol, beliau gagal untuk memberi impak seperti Gustavo.
Barisan pemain yang bakal membawakan cabaran untuk skuad Jang dalam perlawanan suku akhir ke – 2 sebentar lagi 🟡⚫🔴
Ayuh Jang! 💪💪#NSESEL#NSFC#HobinJangHobin pic.twitter.com/sRO99XXy8e
— Negeri Sembilan Football Club (@nsfc1923) November 12, 2022
Malah, Selvan Anbualagan juga gagal mengisi kekosongan yang ditinggalkan oleh Yashir Pinto untuk menggerakan serangan pasukan dengan lebih baik dek kerana dibatasi oleh pengalaman.
Struktur pertahanan yang sangat rapuh
Masalah paling ketara dihadapi oleh Negeri Sembilan semalam jelas bertumpu di bahagian pertahanan mereka yang dilihat sangat rapuh sejak wisel permulaan dibunyikan.
Gandingan Nasrullah Hanif bersama Khuzaimi Piee dan Annas Rahmat gagal untuk menyerap asakan bertali arus daripada barisan serangan Selangor sepanjang perlawanan berlangsung dengan baik.
10’ GOL | Caion meletakkan Selangor FC di hadapan!@nsfc1923 0-1 @selangorfc #TMPialaMalaysia2022 pic.twitter.com/WUmptSCqyn
— Malaysian Football League (@MFL_MY) November 12, 2022
Dari segi persefahaman ketiga pemain ini juga dilihat agak lemah, setelah kesilapan mereka kadangkala membuka ruang terlalu banyak mudah dieksploitasi pasukan lawan untuk mencipta ancaman berbahaya.
Tiada cengkaman tengah
Pertaruhan K. Devan untuk meletakkan Izzuddin Roslan bersama Omid Nazari jelas tidak memberi sebarang impak positif pada perlawanan tersebut dari segi kreativiti atau penguasaan bola.
Kedua pemain tersebut jelas tenggelam dengan barisan tengah pihak lawan iaitu Brendan Gan, Alex Agyarkwa, dan Mukhairi Ajmal yang jelas tampil dengan sangat dominan.
45’ GOL | Yazan Al-Arab melakukan voli dari luar kotak penalti!@nsfc1923 1-2 @selangorfc #TMPialaMalaysia2022 pic.twitter.com/p9fSruCli4
— Malaysian Football League (@MFL_MY) November 12, 2022
Malah, Negeri Sembilan lebih banyak bergantung harap kepada siri serangan balas untuk mencipta sesuatu ancaman buat Selangor kerana sedar, mereka tidak mampu menguasai bahagian tengah.