“Kenapa Mereka Lebih Tajam?”- Zainal Abidin Gesa Penyerang Tempatan Saingi Kualiti Import

Musim ini menyaksikan para pemain tempayan bakal mendapat cabaran lebih besar untuk terus merebut kedudukan mereka dalam kesebelasan utama pasukan.

Malah, posisi penyerang tempatan juga dilihat mungkin akan bertambah runcing sekiranya para pemain tempatan tidak terus mempamerkan ketajaman mereka musim ini, dan terus dikuasai oleh import.

Berdasarkan peraturan baharu yang ditetapkan oleh Liga Bolasepak Malaysia (MFL) untuk membenarkan sembilan pemain import ditandatangani setiap kelab musim ini, pastinya posisi serangan menjadi keutamaan para pengendali.

Disebabkan itu, bekas penyerang legenda Harimau Malaya iaitu Datuk Zainal Abidin menggesa agar penyerang tempatan mampu tampil menonjol bagi mengatasi kehebatan pemain import.

Selaku bekas penyerang yang digeruni pada zamannya, Zainal mengakui kualiti yang ada pada penyerang tempatan juga sangat baik daripada segi kemahiran.

Apa yang perlu dilakukan mereka untuk terus tampil menyerlah ialah pemain tempatan perlu memperbaiki lagi aspek penyudah jika diberi peluang beraksi.

Antara saranan Zainal ialah supaya para pemain tempatan meningkatkan lagi latihan mereka untuk terus mendapat peluang dan ruang bagi beraksi dalam kesebelasan utama pasukan.

Walaupun begitu, bekas pengendali Penang itu tidak menafikan kesukaran penyerang tempatan untuk merebut tempat disebabkan kepercayaan lebih tersrah kepada pemain import.

“Bagi saya bukan semua penyerang import bagus, pemain tempatan perlu berusaha dan lawan untuk memberi keyakinan yang tinggi kepada jurulatih bagi menedapat tempatan dalam kesebelasan utama.

“Saya sebagai anak tempatan mahu melihat lebih ramai pemain tempatan dilahirkan khususnya di bahagian serangan kerana ia satu bahagian amat penting dalam bola sepak dan kita perlukan penjaring gol, penyudah yang baik.

“Jurang penyerang import dengan tempatan memang tinggi, saya selalu mengatakan kita kadang-kadang mengambil perluang terlampau banyak untuk menjaringkan gol berbanding pemain import menggunakan dua atau tiga peluang untuk mencipta jaringan.

“Mengapa mereka (pemian import) lebih tajam, kerana latihan. Jadi kita perlu buat kerja rumah dengan baik. Tetapi secara teknikal dan kemahiran, semua pemain kita ada hanya dari segi sentuhan gol sahaja kurang,” katanya menerusi Berita Harian.

Ketika ini, tonggak serangan negara yang masih lagi boleh dianggap sangat menyerlah ialah Syafiq Ahmad, Darren Lok, Arif Aiman, serta Faisal Halim berdasarkan sumbangan mereka buat kelab dan negara.

Sumber:
Berita Harian

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN